Apa nak jadi sekarang ni, dah macam-macam perkara berlaku. Apa nak jadilah Malaysia sekarang ni, terutamanya politik. Walaupun aku taklah minat politik tapi aduhai, lemahnya. Aku tak berada di pihak mana-mana pun sama ada kerajaan or pembangkang sebab kedua-duanya ntah apa-apa. Minta maaflah kepada penyokong-penyokong sekalian. Aku dah macam kurang percaya dengan pemimpin-pemimpin Malaysia nie, macam-macam berlaku pulak. Ada ke sesama Melayu bertelagah sesama sendiri, sepatutnyalah orang Melayu bersatu. Bila orang Melayu bertelagah, yang gelak orang cina dan india la. Orang tu kutuk orang ni, orang ni membalas kutukan orang tu, yang menderita rakyatlah kot. Kalau buat perhimpunan ke kat mana-mana, kadang menggangu orang ramai nak cari rezeki, pakcik dan makcik yang sapu sampah tu plak yang kesian nak sapu segala sampah sarap. Bukan tak boleh perhimpunan ni dibuat tapi biarlah perhimpunan tu berkeadaan selesa. Tak mengundang ancaman or apa-apa. Malaysia ni adalah negara yang maju dari segala segi, patut kita tunjuk contoh, mana ada negara lain yang sama macam Malaysia yang hidup aman dengan pelbagai kaum. Renungkanlah.
Masih lagi belum berbicara sama 's' bukan nama sebenar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment