lama tak updated blog..
memerap di rumah, no mood to hang out. Masih lagi tiada perasaan, maybe berlarutan kot. Kerja masih lagi menimbun, tiada idea untuk dimulakan. Dugaan yang paling besar dalam hidup, tak dapat dibayangkanlah. Kata orang, Tuhan sayang kat kita, sebab tu Dia bagi dugaan kat kita, Dia nak tengok sama ada kita kuat atau tidak. Kalau kuat, menjadikan kita lebih tabah dan menghargai kehidupan. Nak dijadikan cerita, ramai yang memberitahu, arwah bapa aku meninggal dengan cara yang cepat sebab arwah tak mengalami penderitaan. Terus kena dan meninggal. Kawan kepada arwah beritahu aku, dia nak sangat meninggal cara camtue, senang dan cepat. Ada juga yang kata, kenapa tak bawa ke IJN ( Institute Jantung Negara ). Bukanlah nak kata IJN tu tak bagus tapi kalau dah ajal, macam mana sekalipun akan meninggal juga, tak kiralah kat mana pun. Contohnya dulu bapa Mawi, layanan VIP kat IJN tapi meninggal dunia juga. Ni semua ajal maut di tangan Tuhan, so aku taklah nak kata sesiapa salah. Ada juga yang kata salah doktor masa buat angiogram tu, aku diamkan aje sebab aku tahu doktor tu dah buat sedaya upaya dia. Bukanlah salah dia sebab tak dapat selamatkan nyawa arwah bapa aku. Bagi aku, benda ni semua dah tertulis dan sakit tu cuma dijadikan sebab sahaja.
Kata orang-orang tua dulu, orang yang meninggal ni, 40 hari sebelum akan menunjukkan tanda-tanda. Memang betullah tu!! Mungkin aku tidak perasan tetapi bila teringat, memang ada. Allah tu Maha Berkuasa kan, Dia buatkan kita tak perasan yang seseorang tu akan meninggalkan kita. Kalau tak, tak ada makna lah. Aku redha pemergiannya, bulan ni aku nak masuk 20 tahun dan hampir 20 tahun aku hidup dengan arwah. Memang terasa sekarang ni kan, dah kata bapak sendiri, bodohlah kalau tak rasa. Aku dah ada tanggungjawab baru memandangkan aku seorang sahaja lelaki dalam keluarga, maka memang perlu berkorbanlah demi keluarga aku.
Apa yang aku rasa puas adalah, sebelum bapa aku pergi, dia dapat menjejakkan kaki ke tanah suci mengerjakan umrah. Dapatlah dia menjadi tetamu Allah s.w.t sebelum dia pergi. Lagi satu aku dapat belajar adalah, kalau kita buat baik dengan orang, maka orang akan buat baik dengan kita. Contohnya semasa jenazah dibawa ke rumah, ramainya orang datang ziarah, aku rasa satu pejabat felda datang ziarah ke rumah aku petang tu. Pada malam pula, orang-orang surau ziarah nak buat tahlil dan yassin. Aku tak pernah tengok orang-orang surau begitu ramai sekali. Dan saudara-mara belah bapak aku kesemuanya datang malam tu jugak. Memang ramai sampaikan aku ingat malam tue kenduri kahwin tapi sebaliknya. Aku pernah pergi kenduri arwah dulu, tapi ramainya taklah sangat tetapi semasa bapak aku meninggal, Allah je tahu perasaan aku. Itulah kalau kita buat baik dengan orang.
Walau bagaimanapun, aku akan teruskan kehidupan aku. Aku akan kejar cita-cita aku walaupun rasa terkilan kerana arwah tak sempat tengok aku graduate next year.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
manap...tabah ok?
lelaki kena kuat (:
Post a Comment