Sunday, August 10, 2008

Takde Mood!

Minggu ni memang aku tak tengok dunia luar, rasa takde mood. Asyik layan lagu-lagu syahdu je, television pun dah 4 hari tak bukak, tak tahu perkembangan macam-macam. Nasib baik ada internet, dapatlah lepaskan tekanan, kalau tak naik semak kepala aku. Apa-apahal, esok manutd vs pompey so mesti wajib tengok, hidup mesti diteruskan. Musim bola Barclays Premiere League dah nak kick off so akan mula balik menyokong team faveret, manutd. Tapi rasa kekurangan kali ni, menjerit sesoranglah jawabnya. Esok nak pergi kubur, nak letak pokok bunga puding, nak letak tanda supaya senang nak cam.

Baru tadi pakcik aku datang dan geng-gengnya, dapatlah hilangkan rasa tekanan tu. Hari ni tahlil takde pulak jamuan sebab banyak kenduri kat taman aku ni. Malam selasa baru nak buat kenduri so kena pontenglah hari isnin tu.

hehehe...

No comments: