Jumaat 29 Ogos
Hari ni memang penat sangat sampai tak terkata. Semalam last minit sue beritahu esoknya dia nak pergi interview so aku temankanlah. Janjilah pukul 10 pagi kat kolej. Interview pun taklah lama, dalam pukul 12 dah habis. Bawalah dia pergi jalan-jalan kat KL ni, aku nak beli hadiah untuk besday dia sebenarnya, mencari-carilah hadiah yang dia berkenan. Pusing Jalan TAR tu macam orang gila gaklah, tak dapat cari apa yang dia nak. Mula-mula cari tudung, baju kurung, seluar, kerongsang, yang kelakar gila, aku suruh je dia pilih sari. HAHAHA!! Dah puas cari, pergi Semua House plak, cari kat Top Girl. Baju untuk mak dia sesuailah, untuk dia takde yang sesuai. Lepas tu, aku ajak dia cari kat Sogo, tingkat satu, pusing satu floor tu cari apa-apa yang dia berkenan. Tak jumpa juga. Terus ke Maju Junction, nak pergi minum jap sebab penat berjalan. Sambil-sambil tu mencarilah baju-baju ke apa yang sesuai. Aku tengok baju ada yang aku berkenan tapi dia pulak yang tak berapa berkenan so dah jalan-jalan tu, pergi jap kat food court. Dia nak ke Central Market plak, aku dah ajak dia pergi sana sebelum ni, katanya taknak tapi nak juga akhirnya. Lepas minum terus pergi sana, naik bas lah apa lagi. hehehe!! Memang saat-saat camnie aku nak dengan dia so memang bestlah. eheheh!! Tiba je kat sana, muka dia macam berubah sikit, mungkin dia macam tak berani kat sana sebab ramai sangat orang so aku pimpinlah dia. ;)
Rondalah satu Central Market, cari baju ke apa-apa untuk hadiah dia. Nasib tak baik pulak, tak jumpa apa yang dia berkenan. Yang dia berkenan yang jual dan buat merchandise tu, aku tengok itu yang dia berkenan. Dia nak buat benda tu dengan aku nanti, katanya. Lain kali aku buatlah dengan dia. Aku tengok dia macam dah tak larat je, kepenatan katanya. Masa pun tak mengizinkan, kitorang baliklah, masing-masing jalan dah tak betul. ahahaah!! Aku dengan dia terus naik bas ke Rawang, senang sikit untuk dia terus balik rumah. Aku je yang kena turun kolej, amik bas lain. Takpelah. Aku ok jer.
Sepanjang aktiviti kitorang ni, aku tengok dia happy je. Gelak je mamanjang. Yang dia kisahkan takut aku marah sebab asyik jalan-jalan ke sana ke mari. ahahahah!! Bila dah malam camnie, rasa kesannya berjalan tadi. ahahaah!! Tak kisahlah janji dapat keluar dengan sue, itupun dah kira ok bagi aku.
Pengalaman yang best, aku dapat jumpa macam-macam jenis orang bila dengan dia. Yang paling best tu bila ada pasangan couple bergaduh kat depan Sogo. ahahaha!! Macam-macma ragam. Jumpa budak-budak cosmo yang aku kenal, yang dia kenal. Gelak je tengok diorang bila aku dengan dia berjalan sesama. ahahahah!! Nak gambarkan bila keluar dengan sue memang tak terkatalah, macam mimpi je. Padahal, sebelum ni bukan main malu nak bercakap. haahhaah!!
Sial!! Tadi tak banyak tempat pergi, aku nak bawa dia pergi BB plak. Rumah dia dahlah jauh, kang lewat malam plak nak balik so lain kali je aku akan bawa, dia pun kata ok so tunggu jelah minggu depan ke buka puasa sesama takpun esok ke ahad ke. heheheh!!
Pengalaman paling best walaupun aku tengah mengerang sakit kaki ni. ahahaha!! Nasib baik dari KLCC aku tak ajak dia jalan kaki, kalau tak, aku mampos, dia pun mampos kepenatan. ahahahah!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
haisyh bahagianya hidup.
bagus laaa (:
happy sgt2 bile kawan2 dah bahagia ni (:
kim salam same cik sue ye (:
Post a Comment