Monday, September 29, 2008

Hafiz Accident

Macam mana nak mula cerita ni, semalam hari sabtu malam minggu aku sibuk chatting dengan bob tu, tetibe dia kata yang hafiz accident kat sungai buloh, ada kat hospital sana. Dia kata ajak yang inform, condition dia teruk siot, katanya kemungkinan hilang ingatan. Aku melawat hari esoknya iaitu hari ni lah.

Bob pick up aku pukul 9.30 pagi kat rumah, terus ke markas ( titi ). Ingat ramailah nak pergi melawat, hampeh! Yang pergi aku, bob, capek, ajak dan firdaus. Naik dua kereta, terus gerak, takut gak waktu melawat habis nanti. Yang best tu sesat sampai nak ke Kuang, hahaha! Padahal dekat je, tak payah nak jauh-jauh. Berapa jam dalam kereta, letih penat. huahuahua! Tanya orang sekeliling pun, ntah apa-apa direction diorang bagi sampai ke jalan mati. Kelakarlah gak bila signboard tulis 'Jalan Altenatif ke Hospital Sg.Buloh', last2 jumpa jalan mati. Macam sial!

Sampai je hospital terus naik ke wad kecemasan, memang terkejut gak tengok condition Hafiz. Dari kepala ke bahu cedera teruk, aku tengok muka Hafiz dah lain. Katanya baru hari ni dia sedar dari koma, dah 3 hari terlantar koma. Tak ada sape tahu macam mana dia accident, dia je tahu. Sedih pulak tengok diorang kata kemungkinan dia akan hilang ingatan sebab hentakan kat kepala tu kuat. Ntah apa dia langgar agaknya. Dengar cerita, kena langgar lari, waktu tu malam. Sampai laa ni tak tahu apa cerita sebenarnya. Kena tunggu dia betul2 sedar.

Jumpa keluarganya, rata-rata semuanya menangis tengok condition dia, aku sendiri yang kenal-kenal gitu dengan Hafiz rasa sedih tengok nak menangis apatah lagi mak bapak dia. Masa on the way ke hospital, masing-masing gurau-gurau pasal Hafiz, tak sangka plak condition dia teruk. Tuhan je tahu. Dahlah lagi berapa hari je nak raya, sure mak bapak dia sedih kan, beraya kat hospital la jawabnya.

Aku jumpalah mak dia, aku pesan kat mak dia bawa bersabar. Tak naklah plak aku cakap banyak, kang menjurai-jurai keluar air mata mak dia. Aku dengar bob cerita bapak dia baru je keluar hospital selayang sebab kencing manis, ni anak dia plak masuk hospital. Melawat pun taklah lama sebab kitarang sampai lambat, sesat punya pasal. ahahah!!

Dahlah si Hafiz ni tengah buat major projek, kena plak dugaan macam ni. Aku memang paham sangat perasaan mak bapak dia sebab aku pernah rasa bulan lepas masa arwah bapak aku masuk hospital.

Harap-harap kemungkinan hilang ingatan tu takde kalu tak nanti macam mana dia nak proceed final projek dia. Tapi apa yang aku tengok, dia nak pulih aku rase 3-4 bulan tu.

Harap-harap dia sembuh cepat. Bak kata Bob, biar dia sembuh cepat, boleh bahan dia lagi. Hahaha!!

Lepas je balik melawat, ikut firdaus pergi The Store Sg Buloh. Ingat nak beli apa, tengok2 beli hadiah untuk awek. Hahahaha!! Ikutkan jelah, yang bestnya, ada ke pergi The Store. Hahaha!! Aku tak dapat nak ikut diorang lepaks lepas tue, aku terus balik rumah, Bob hantar. Nak mengemas rumah, rumah dah macam pasar tani. Takkan aku nak mengelat, mak aku for sure mengamuk. Hahahaha!!

Sunday, September 28, 2008

Roadrunner United - The End



Aku jumpa video ni so aku post kt sini. Gabungan yang menarik.

Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Puasa lagi beberapa hari je, nak menjelang Aidilfitri. Persiapan orang-orang sekeliling aku tengok punyalah meriah. Beli kelengkapan yang secukupnya untuk beraya. Sepanjang aku berjalan-jalan sekitar ibu kota, kehadiran beratus-ratus manusia membanjiri kawasan Jalan Tunku Abdul Rahman membeli pelbagai macam. Ada juga singgah ke Nagoya usha-usha kain meter, tak lupa juga singgah ke Jakel beli karpet, baju, langsir dan macam-macam lagi.

Aku ke Ibu kota bukanlah nak seronok shopping nak raya tapi aku hanya beli apa yang patut untuk mencantikkan rumah raya tahun ni. Kebiasaannya rumah aku memang bersepah tapi time-time rayalah rumah aku tersusun.

Nak kata enjoy pergi shopping tu taklah sangat, sekadar keluar sahaja. Aku bukannya biasa sangat nak jalan-jalan sampai Jakel sana, rasa tak boleh blah plak. Aku cuma temankan mak aku sahaja.

Selalunya time-time nak raya ni, aku akan get ready untuk mengemas rumah walaupun hakikatnya aku memang tak suka mengemas. Penat satu hal lagi, rasa semak je otak aku ni. Raya ni juga aku akan menolong buat ketupat dengan mak dan kakak aku. Aku start buat raya dua tahun lepas, jadi tu memang jadilah tapi standard la, tak perfect mula-mula.

Waktu nak raya ni jugaklah aku akan temankan anak-anak saudara main bunga api, setiap kali hujung minggu telefon rumah berbunyi suruh aku datang main bunga api. Well, sekali sekala jadi macam dulu-dulu, apa salahnya. Tapi mood nak main bunga api dan mercun dah hilang sikit demi sedikit, rasanya aku dah puas main time aku kecik dulu kot. Agaknyalah.

Waktu nak raya jugak jiran-jiran aku akan hilang sebab balik kampung halaman mereka masing-masing. So, tinggallah family aku kat jalan rumah aku ni, tapi ada lah dua atau tiga keluarga yang stay raya kat sini. Yang bestnya, keluarga-keluarga bukan Islam ambil kesempatan ini juga untuk pulang ke kampung mereka. Sebab tu kadang kawasan rumah aku lengang jugaklah.

Waktu nak raya jugaklah, aku kerap kali ke surau. Alhamdulillah, tahun ni setengah puasa aku ke surau tunaikan Terawih berbanding tahun lepas. Jemaah-jemaah makin lama makin kurang sebab raya nak dekat, semua apply cuti sebelum raya balik kampung. Setiap kali aku ke surau, ramai jugak aku tengok walapun sedikit.

Raya tahun ni amat sedih bagi aku dan keluarga kerana beraya tanpa orang yang tersayang, yang dah pergi meninggalkan kitarang buat selama-lamanya. Berbeza dengan Aidilfitri tahun lepas, arwah atuk dan arwah bapa aku masih hidup dan dapat beraya bersama-sama mereka tapi Aidilfitri tahun ni, kedua-duanya tiada so ia meninggalkan impak yang besar lebih-lebih lagi kepada mak aku.

Kawan-kawan bertanya bagaimana persiapan raya, aku hanya diamkan sahaja. Siapa tak sedih kan ahli keluarga yang terdekat dan rapat tiada di sisi.

Aku tulis ni nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada sesiapa yang ambil berat pasal diri aku, memahami aku apabila berlakunya dugaan terbesar ni dalam hidup aku. Aku nak ucapkan terima kasih pada, teman-teman sekolej yang faham keadaan aku. Sekarang ni hidup aku totally dah berubah, masa aku limited untuk buat apa yang aku suka. Family comes first. Harap kawan-kawan fahamlah.

Dulu, dengar lagu raya yang sedih-sedih, tak berapa nak sedihlah. Baru sekarang rasa kesedihan tu, sebab tu aku tak boleh dengar lagu raya. Rasa nak menangis je.

Dikesempatan ini, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Memohon ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki kalu aku ada terkasar bahasa kepada kawan-kawan sebaya, teman-teman sekolej dan yang mengenali aku dari segala sudut.
Semoga hari raya tahun ni membawa seribu erti kepada anda semua...AMIN...

Thursday, September 25, 2008

Ungu feat Rossa - Tercipta Untukku



Aku suka Rossa..
Comel!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Geram!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, September 24, 2008

Tag Dirembat Lagi - Ditag oleh Cik Nurulaimi

THE SELF
[01] Real name: Muhammad Shukri.
[02] Nickname: Manap, Shuk, Kiki.
[03] Married: Kencing tak lurus nak kahwin!
[04] Zodiac Sign: Virgo.
[05] Gender: Lelaki Sejati.
[06] Age: 20.
[07] High School: SMK La Salle Sentul, Methodist Boys School Sentul.
[08] College: Cosmopoint also known as KLMUC.
[09] Height: 165 cm.
[10] Weight: 82 kg.
[11] Do you like yourself: Suka hidung aku, besar.
[12] Piercings: Apa jadah jantan pakai piercings.
[13] Right or left: Kanan lah.
[14] Are you a freak : Kadang-kadang.
[15] Hair: short hair: Pendek je, smart.
[16] Skin: Rasa cerah kot.
[17] Allergic: Apa jadah nak allergic.
[18] What are you doing now: Jawab tag ni, dengar lagu Seize The Day (Avenged Sevenfold).
[19] What will you doing 1 hour later: Jemput kakak balik kerja.
[20] What will you doing 10 years later: Dah ada career, berkahwin, ada anak.

THE FAMILY
[21] Live with mother/father/parents: Mother.
[22] Siblings(included you): Dua.
[23] Eldest: Kakak aku.
[24] Youngest: Aku.
[25] Love/hate your family: Binatang pun sayang keluarga mereka..

THE LOVE
[26] You found your another half: Tunggu second half nanti, ahahah!.
[27] If yes, who is he/she: Sape jer, aku pun tak tahu.
[28] If no, who you want he/she to be: Aku tak memilih.
[29] Time(s) you in relationship: Times? ntah, tak ingat.
[30] Ever woo boy/girl(0-100000): Apa woo-woo ni!!
[31] Anyone woo you before(0-100000): Apa jadah nak woo-woo ni!
[32] Did anything wrong to your other half: Ntah. Second half ok jer! ahahha.
[33] What was/were the wrong you had done: Panas baran.
[34] Ever argue with your other half: Apa jadah nak marah-marah. Relex sudey!!
[35] You with your other half since: Arrrgghhh, apa jadah soalan kau bagi ni!!
[36] Are you straight/Lesbo: Aku selalu jalan straight kalau nak pergi berak. hahah!!
[37] Reasons you love your other half: Aku rasa nak hentak jer kau ni!! hahaha!
[38] You and your other half in which stage: No comment.
[39] You woo he/she or he/she woo you: Asyik woo-woo je.
[40] Ever think of marry he/she: Kahwin? Habuk takde nak kahwin apanya! Soalan ntah apa-apa.

THE FRIENDS
[41] Your first best friend: Azaher a.k.a jiran aku.
[42] Your first enemy: Ntah, ada ke??
[43] The friends you love the most: sahabat-sahabat masa sekolah rendah dulu.
[44] The enemy you hate the most(1only): Ntah, masalahnya ada ker??
[45] Your most beautiful girl friend: Semua beautiful, ciptaan Tuhan mana tak beautiful.
[46] Your most handsome boy friend: Huahuahuah. Apa jadah soalan ni!
[47] The kind of girl you hate the most: Ntah, tak sedar diri kot.
[48] The kind of boy you hate the most: Tak paham bahasa.
[49] You fall in love with your close friend before: Hampir-hampir.
[50] Your best friend is your ex-lover: Maybe.
[51] If your friend backstabbing you: Ada. Aku tikam balik, apa susah!.
[52] If your friend betray you: Ada. Aku betray balik, senang.
[53] If your friend woo your lover: Dari tadi asyik woo-woo jer, aku tahu John Woo jer.
[54] If your friends fall in love with you: Pelik. Gila agaknya dia tu jatuh cinta dengan aku.
[55] If you fall in love with your best friend: Ntah, no comment.

THE STUDIES
[56] Are you a good student: Ntah.
[57] You always done your homeworks/assignments: Buatlah tapi last minute.
[58] The teacher/tutor you love the most: Cikgu Sharifah a.k.a Sarjan Pah
[59] Always late to school/college: Lambatlah gak janji aku pergi sekolah.
[60] Your class: Selalunya kelas aku mesti kacau-bilau. Best!
[61] You love your seniors: Apa jadah, aku bukan gay. Sekolah aku lelaki je lah buduh!!
[62] Senior who you love the most: Dah berapa kali aku cakap.
[63] Your classmates good/bad: Hahaha. Macam-macam ada.
[64] Excellent result classmate: Hahaha. Kuraiza a.k.a idola.
[65] Laziest classmate: Aku lah sape lagi. Hahaha!

THE PEOPLE
[66] Smart people: Semua smart.
[67] Stupid people: Ada ker?
[68] Good looking people: Sama je semua.
[69] Ugly people: Aku kot.
[70] Funny people: Dah funny takkan nak sedih plak.
[71] Cute people: Aku comel tang hidung.
[72] Bad people: Semua jahat, sama je.
[73] Honest people: Budak-budak Tom-Tom Bak.
[74] Acting people: Tak sedar diri..
[75] You are what kind of people: Aku? Ntah.

THE PREFER
[76] Lip or eyes: Hidung takde ker?
[77] Hugs or kisses: Kiss lah, baru stim. ahahah!
[78] Shorter or taller: Aku pendek.
[79] hesitant or spontaneous: Spontan
[80] Nice stomach or nice arms: Perut aku buncit skit, hidung aku besar.
[81] Listener or talker: Dua2 boleh.
[82] Romantic or rich: Ntah.
[83] Good husband or Good Father: Bapa yang baik selalunya akan menjadi suami yang baik. Macam arwah bapa aku.

THE FUTURE
[84] Age to get marry: 28 tahun.
[85] Numbers of kid(s): Nak 2 orang :P
[86] Career: Scriptwriter.
[87] Salary: Memadai sudey.
[88] Retirement age: Kalau career aku tercapai, aku akan menulis sampai akhir hayat.
[89] Properties value: Belum ada.
[90] Wishes: Semoga hidup ini diterangi.

THE VICTIMS
[91] Aku
[92] Aku lah
[93] Aku lagi
[94] Aku jugak

ahahahah

Tuesday, September 23, 2008

Zaman Beraya Di Kampung Dulu-Dulu

Aku ada terbaca blog cik Nurulaimi, dlm tu dia post pasal zaman-zaman kecik dia. Aku pun teringatlah time-time aku kecik dulu, tapi masa time rayalah. Bila aku sekeluarga pulang ke kampung arwah ayah aku di Parit Pinang Seribu, Muar, Johor. Yang aku ingat masa aku darjah 1 ke 2, aku memang suka gila balik kampung sebab buleh jumpa sedara-mara aku yang seangkatan time tu ialah, Syaznie, Kamal, Along, Angah, Copey, Syukri, Dede.

Yang aku pasti kalau aku balik je kampung, makcik-makcik, sepupu-sepupu memang suka gila kat aku, bagi makanan la apa lah. Masa kecik aku comel kot, putih, gebu dan sebagainyalah bak kata mereka. Seperti biasalah kalau balik, aku akan terdedah dengan aura-aura jawa sehinggakan aku paham apa mereka cakap walaupun aku tak reti cakap sampai sekarang. Hehehe!!

Yang aku ingat masa aku balik tu, aku terus jumpa Copey, yang lawaknya kadang makcik-makcik aku panggil je nama shukri, yang datang aku dan lagi sorang sedara aku ni. Yela kan, nama aku dengan dia sama, tu yang mendatangkan keliru waktu tu. Masa tu aku memang nakal gila, aku kecik time tu, ajak Copey, main mercun thunderclaps. Dah kata si Copey ni orang kampung situ so memang kabel nak dapat mercun senang.

Yang aku ingat lagi, aku suka beraya kat kampung sebab dapat aku tengok marhaban dari rumah ke rumah. Rumah kampung aku tu selalu tiap-tiap raya akan ada marhaban. Aku memang menghayati setiap kali mereka marhaban. Aku memang takkan ikut lah kan sebab aku kecik, kepala otak ingat nak main je.

Pada waktu tulah aku terdedah dengan permainan video. Sedara-mara aku kaya-raya so kalau balik kampung sure punya bawa sony play station la. Tu yang kadang mak bapak aku marah kat aku, tak nak pergi rumah sedara-mara lain kat sana, asyik main game je. Hahaha!! Yang bestnya kat kampung aku, satu jalan Parit Pinang Seribu tu kebanyakan sedara-mara aku, adik-beradik bapak aku so nak pergi tu jalan kaki boleh, naik kereta boleh, selalunya naik keretalah.

Aku ingat lagi, dulu aku memang buat mak aku angin bila dah jumpa sedara-mara seangkatan. Boleh dikatakan setiap kali raya, nak pulang ke Kuala Lumpur je compom aku akan diceramah oleh mak aku. Hahaha!!

Sekarang ni semuanya dah berubah. Sedara-mara seangkatan aku semua dah ada kerjaya masing-masing. Macam Syaznie kitarang panggil Dek Nie tu tengah belajar di Jepun ambil Engineering, Kamal belajar kat UKM Bangi ambil kos apa aku tak tahu, Along dah berkahwin anak satu dan kerja kat Sime Darby, Angah pula baru je jadi ayah baru-baru ni dan dia kerja bank apa ntah, Copey pula baru je berkahwin tahun ni dan bekerja kat Port Dickson sebagai apa aku kurang pasti, Syukrie pulak masih lagi belajar kat UIA Gombak ambil kos apa aku kurang pasti yang pasti dia ni memang agak warak sikit, ke arah keagamaan, dan Dede bekerja kat Bank Muamalat, sama tempat kerja dengan sepupu belah mak aku Abang Mie tp yang bezanya Dede ni baru je masuk, sepupu aku tu Manager.

Memang kalau dikenangkan balik seronok dengan mereka ni, time-time kecik dulu kat kampung, kadang tu pergi tengok wayang malam-malam buta. Tengok pun cerita apa ntah tak ingat. Sekarang ni masing-masing dah dewasa, ikatan tu takkan putus.

Sunday, September 21, 2008

Metallica - The Day That Never Comes



Born to push you around
You better just stay down
You put away
He hits the flesh
You hit the ground
Maps so fulls of lies
Tend to black your eyes
Just keep them close
Keep praying
Just keep waiting

Waiting for the one
The day that never comes
When you stand up
And feel the warmth
But the sunshine never comes
No the sunshine never comes

Push you cross that line
Just stay down this time
Hiding yourself
Crawling yourself
You'll have your time
God I'll make them pay
Take it back one day
I'll end this day
I'll spread the color
On this grave

Waiting for the one
The day that never comes
When you stand up
And feel the warmth
But the sunshine never comes
No the sunshine never comes

Love is a four letter word
And never spoken here
Love is a four letter word
Here in the prison
I suffer this no longer
I put it into
This I swear
This I swear
The sun will shine
This I swear
This I swear
This I swear

Saturday, September 20, 2008

Raya?

Alhamdulillah dah 20 hari berpuasa, tak tinggal dan masih lagi berpuasa. Hari raya pun nak menjelang, lebih kurang 10 hari kot. Aku tengok kat kawasan rumah aku dah meletup-letup bunyi mercun, budak-budak main bunga api, ada tu yang bersiap-siap nak balik kampung. Bila terkenang balik, waktu-waktu begini memang sibuk keluarga aku yelah bila terkenangkan balik kenangan dengan arwah ayah aku time nak hari raya ni.

10 hari nk raya ni, selalunya aku sekeluarga dah sibuk dah buat persiapan contohnya pergi shopping raya, mak dan kakak aku beli kain kat nagoya, aku sure merayap cari songkok ke apa dengan arwah bapak aku. Macam raya tahun lepas, aku beraya dengan arwah bapak aku dan arwah atuk aku. Raya tahun ni, dua-dua dah takde.

Bila pergi mana-mana je kedengaran lagu raya, masa tu mak aku dh merah mata. Aku sebak bila dengar lagu-lagu raya.

Preparation raya aku tahun ni??
Sederhana sahaja, kalu ikutkan tak nak sambut raya macam si shahrin tu tapi mak aku kata tak boleh macam tu. Raya tetap raya, jangan meratapi sehinggakan lupa yang kita masih lagi hidup. Kalau ikutkan, aku sambutlah raya jugak kan yelah bak kata mak aku, kita kena teruskan hidup.

Sedih tu sedih juga kan tapi raya tetap raya. Kemungkinan tak balik kampung kot mungkin sedara-mara yang datang ke rumah aku.

Wednesday, September 17, 2008

Rawang ke Country Homes??

Hari Rabu 17.09.08

Lepas sahur terus mandikan diri bayangkan time tu pukul 5 pagi. Just checking2 kereta lepas tu dan terus hantar along ke office. Aku ingat balik jer rumah nak tidoq sekejap, 17 minit je aku tidoq, mak aku suruh hantar kat rumah kakak dia a.k.a makcik aku. Dah tu jam pukul 8 lebih, dia suruh aku merayap kat mana-mana. Pantang dengar merayap. Ajaklah Azroy, call Bob dia tak angkat. Takde tempat nak pergi, aku ke kolej kalu ada budak-budak lain. Waktu pun pagi, mana ada sesaper.

Nak tengahari, so aku ke Rawang la. Call dan kata nak jumpa. Habis cerita.

Dapatlah aku jumpa, lama tak jumpa kan. Lama gak tak jumpa, asyik bercakap through telefon jer. Lama gak perjumpaan kitarang, disebabkan bulan puasa, dia ajak aku pergi Ulu Kancing kot kt Taman Rimba Komanwel tu. ( Lupa plak! ) Lepak-lepak je, burak-burak. Bulan puasa, tak banyak tempat boleh pergi, kalu bukan bulan pose, sure ajak pergi makan.

Lepas hantar ke office dia, aku baliklah. Balik dan tidoq sampai buka puasa. Habis Cerita.

Monday, September 15, 2008

Tips Kejutkan orang bersahur

Puasa pun nak dekat, tapi time untuk bangunkan orang bersahur adalah time paling crucial sekali. Dibawah ni ada2 tips menarik untuk dicuba:-)

Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya..
1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...
3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
5. tutup kipas/air cond


tapi kalau still tak ada effect
1. jerit nama dia kuat kuat...
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju dalam korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
6. jerit api! api! api!
7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit

tapi kalau still tak ada effect gak
1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin!

tapi kalau still tak ada effect gak...ni je la cara terakhir
1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebih menyayanginya

Sunday, September 14, 2008

Tag Dirembat - Ditag oleh Amy Si Kurus

starting time : 11.49 PM
location : ruang tamu, ada meja, ada laptop.

name : Muhammad Shukri a.k.a manap
sisters : Norhasliza.
brothers : Tak ada.
shoe size : 8-9 kot.
height : 170 cm.
where do you live : Taman Selasih Fasa 1, Taman Sri Gombak Fasa 2.
favourite drinks : kelapa, tembikai, zam-zam, suam.
favourite breakfast : tak pernah breakfast.
have you ever been on a plane : tak.
swam in the ocean : pernah masa zaman dulu-dulu.
fallen asleep in school : pernah. kelas sejarah cikgu Sharifah kot, panggil Sarjan Pah.
broken someone's heart : pernah kot.
fell off your chair : pernah, berkali-kali sampai patah.
sat by the phone and waited for someone to call : sape je nak .


what is your room like : 1 katil, ada 2 almari besar, 1 almari kecik, tapi selalunya aku tidur kat ruang tamu takpun kat dapur.
what's right beside you : of course la bantal.
what is the last thing you ate : nasi lemak dan air cendol.

ever had...
chicken pox : pernah.
sore throat : pernah.
stitches : pernah time jatuh basikal dulu.
broken nose : tak, hidung aku kuat.

do you...
believe in love at first sight : ntah.
like picnics : suka kalau kena dengan tempatnya :)
who was, were the last person you danced with : apa kejadahnya nak dance ni!
last made you smile : tengok makanan kat bazar Ramadhan.
you last yelled at : budak-budak kecik kat surau sebab bising.

today did you..
talk to someone you like : sape? ntah!
kissed anyone : apa kehe cium2 ni!
get sick : still sihat dan bernyawa.
talk to an ex : tak.
miss someone : I miss my late father.
eat : time berbuka tadi.
best feeling in the world : buat lawak dan orang gelak.
do you sleep with stuffed animals : apa kejadahnya, tidur freestyle sudey.

what's under your bed : macam-macam ada, you named it!
who do you really hate : tak paham bahasa.
what time is it now : 12.16 PM

5 things I was doing 10 years ago
1. tinggal kat sentul.
2. aktif bola sepak.
3. main guli kat padang.
4. beli nasi ayam Pak Cik Jai.
5. mengaji kat rumah makcik apa ntah nama dia.

5 things on my to-do list today
1. sahur.
2. mandi.
3. shopping.
4. buka puasa.
5. tawarih eh silap, tarawih.

5 snacks i enjoy
1. super rings
2. biskut tiger.
3. cadbury.
4. nano-nano.
5. coco crunch.

5 things i would do if i were a billionaire
1. beli rumah.
2. pergi menunaikan haji dengan mak dan kakak.
3. apa mak aku nak, aku belikan.
4. kahwin dengan orang yang sayang aku seadanya.
5. selebihnya aku sedekah.

5 of my bad habits
1. korek hidung.
2. kentut tanpa amaran.
3. bangun lambat.
4. buang masa.
5. rukun Islam tak pernah cukup, sembahyang lah!

5 places i have lived in
1. Rumah Setinggan Sentul
2. Flat PPR Taman Melati.
3. Taman Selasih Fasa 1.
4. Taman Sri Gombak Fasa 2.
5. Parit Pinang Seribu, Muar, Johor.

5 people i'm tagging
1. aku
2. aku ler
3. aku la
4. aku nie
5. aku lagi

Friday, September 12, 2008

Inspirasi dari Jamban

Cerita bermula camnie..

Sepasang pasangan bercinta, Suparno dan Mariano. Mereka sudah bercinta lebih kurang 3 tahun dan mereka amat setia antara satu dengan yang lain. Orang bercinta kan, bau busuk macam longkang pun wangi jer. Alkisahnya begini, macam biasa Suparno mengajak kekasihnya, Mariano, keluar pergi dating di mana-mana sekitar bandar. Tengok wayang, makan, tengok wayang lagi, makan, shopping sakan, makan lagi.

Kebetulan, Suparno dan Mariano berkongsi minat iaitu shopping dan shopping dan shopping sampai lebam. Banyak tempat mereka serbu sehinggakan tak ada tempat nak serbu, kalau kedai keranda tu ada jual baju pun rasanya mereka akan serbu juga. Suparno tidak pernah rasa penat melayan aweknya yang kadang-kadang macam haram gak perangai, nak beli baju yang mahal-mahal, yang ada brand. Tapi disebabkan sayang punya pasal, dia ikutkan sahaja.

Tiba-tiba, wajah Suparno berubah. Dia menjadi pendiam dan kata orang muka ketatlah. Awek dia buat bangang je, kalu dah otak pikir nak shopping, benda lain tak dihiraukan. Nampaknya Suparno memang tak tahan, gayanya seperti ingin memberitahu kekasihnya sesuatu lalu ditanyanya.

"Awak, saya ada sesuatu nak beritahu awk ni." kata Suparno.

"Ye awk, nak tanya apa?? Gaya macam ada yang tak kena je", jawab Mariano.

"Benda ni amat penting awk, saya terpaksa juga beritahu kalau. Saya harap awk boleh terima dengan hati yang terbuka." kata Suparno.

"Iskh, awk ni!! Kenapa ni sayang? macam ada yang kena je???????" tanya Mariano kepada Suparno.

"Saya harap awk bersabar ok dengan apa yang nak saya katakan ni. Kalau saya pendam, ia akan menyakitkan hati saya, kalau saya diamkan je, akan jadi lebih seksa jiwa dan raga saya." jawab Suparno.

"Awk, kenapa awak ni?? Ada perempuan lain ke!!!??? Baik awak cakap!! Kalau tak saya mengamuk nanti!!!!!" kata Mariano dengan nada yang marah.

"Sebenarnya......................", keluh Suparno.

"Sebenarnya apa???, Mariano bertanya kepada Suparno.

"Sebenarnya.............................................................................................saya nak berak ni!!! Tak tahan, dari tadik asyik kemut je.." jawab Suparno sambil berjoget-joget.

"What the fuck!!!!!" keluh Mariano..



Moral of the story is..

- Sebelum nak pergi dating tu, siap-siaplah berak ke apa. hahahahaha

Wednesday, September 10, 2008

Avril Lavigne - When Your Gone






I always needed time on my own
I never thought I'd need you there when I cried
And the days feel like years when I'm alone
And the bed where you lie
Is made up on your side

When you walk away
I count the steps that you take
Do you see how much I need you right now?

When you're gone
The pieces of my heart,
I'm missing you
When you're gone
The face I came to know is missing too
When you're gone
The words I need to hear to always get me through the day
And make it ok

I miss you

I've never felt this way before
Everything that I do,
reminds me of you,
and the clothes you left, that lie on the floor
And they smell just like you
I love the things that you do

When you walk away
I count the steps that you take
Do you see how much I need you right now?

When you're gone
The pieces of my heart are missing you
And When you're gone
The face I came to know is missing too
And When you're gone
The words I need to hear to always get me through the day
And make it ok

(I miss you )

We were made for each other
Out here forever
I know we were
Yeah yeah
And all I ever wanted was for you to know
everything I do I give my heart and soul
I can hardly breathe I need to feel you here with me Yeah...

When you're gone
The pieces of my heart are missing you
And When you're gone
The face I came to know is missing too
And When you're gone
The words I need to hear, will always get me through the day
And make it ok

I miss you...

Monday, September 8, 2008

No mood

Arrggghhhhh..............................................!

Tensionnya otak nie.
Sejak akhir-akhir ni otak aku rasa macam nak meletop je ni. Tak tahulah apa yang bermain di fikiran sampai nak meletop dibuatnya. Banyak sangat kat dalam kepala aku ni.

Pasal diri sendiri, masa depan, keluarga, masa, calon pilihan. Peningnya kepala, kalau boleh aku sembelih otak aku kan bagus. Aku perlu cuti panjanglah, nak memperbetulkan otak aku ni. Aku ingat nak ke Langkawi tapi mak aku pulak tak mahu pergi, katanya nanti, belum masanya. Aku mengeluh la jawapan dia so redha jela.

Aku ada berfikir sejak bercuti ni, lebih elok kalau aku kuarantinkan diri sendiri. Nak pulihkan balik semangat yang hilang ni. Ya Allah, Kau tolonglah hambaMu ini!!!!!!

Saturday, September 6, 2008

Genap Sebulan

Sudah sebulan arwah bapa aku meninggal dunia, still the same. Ok sahaja. Tak ada apa-apa yang menarik pun cuma rasa kekosongan tu ada lah. Aku macam biasa menjalankan aktiviti macam biasa termasuk mak dan kakak. Sebulan ni still lagi teringat lagi saat indah bersama bapa. By the way, we need a vacation. One day nanti, aku nak pergi bercuti kat mana-mana janji boleh tenangkan minda dan fikiran. Bercuti sekarang ni tak boleh, kata orang tak manis dipandang. Insyaallah nanti aku akan bawa mak aku bercuti.

Seminggu bercuti ni tak buat apa-apa pun, cuma duduk rumah sahaja, luangkan masa dengan keluarga sambil-sambil tu online kan diri. Ada lah pergi KL beli Al-Quran, Surah Yassin, dan sejadah nak derma kat surau, masjid berdekatan. Penat tu memang penatlah, sangkut kat traffic lagi. Orangnya pun ramai lain macam.

Dah 6 hari Ramadhan menjelma, setakat ni 3 tarawih aku tinggal. Tak larat, sebelum tu dah jalan-jalan KL dengan mak aku. Mak aku kalu dah jumpa Mydin, Sogo, Jalan TAR memang tak ingat nak balik awal. ahahah!! Sebagai pengikut yang setia, aku redha ikut mak aku. ahahah!! Hari ni ( 6.08.2008 ), ada berbuka puasa kat surau, makanan pun best. Orang-orang surau dah suruh datang tp kemalasan aku plak yg dah datang dulu so memang takdelah nak buka kat sana. Biarlah yang lain-lain tu buka kat sana, kalau buka kat rumah aku bebas melantak. ahahaha!!

Bulan Ramadhan ni, syukur aku sebab puasa masih lagi on. Cuaca pun taklah panas selalu, rasa sejuk je. Dugaan mata je yang banyak. Pergi keluar KL, tengok aweks-aweks dressing, memang cair beb. Nasib baik Iman still kukuh. Minggu depan dah start daftar kelas. Bulan puasa pergi kelas, memang kepenatan sikit.

Wednesday, September 3, 2008

Wes Mangan

Wuaaarrrgggggggghhhhhhhh!!

Bulan puasa. Bila datang je bulan puasa, mesti nak ingat raya. Baru satu hari puasa dah sibuk main mercun bunga api. ahahaha!! Bila datangnya bulan puasa ni, semua terbatas untuk aku. Ceh!

Kalau bukan bulan puasa, bangun je pagi compom jari aku akan terus ke hidung mencari bahan-bahan galian. ahahahah!! Nasib baik kentut tu tak membatalkan puasa kalau tak compom tak puasa aku. ahahah!! Bodohnya aku, kalau orang tak kentut satu hari, kan bawa penyakit namanya. ahahaha!!

Bila datang je bulan puasa, tengoklah budak-budak kecik. Ada yang nak puasa, ada yang malas nak puasa, ada gak yang pura-pura sakit tak nak puasa. ahahaha!! macam-macam ragam. Yang tak boleh blah, orang dewasa pun begitu gak ( bukan akulah ).

Yang best bulan puasa ni, aku bolehlah kurangkan berat badan sikit.

Hari ni aku nak ke KL, nak beli Al-Quran, sejadah, dan lain-lain. Nak sedekah kat masjid dan surau berdekatan. Ingat nak gerak awal tapi bila tengok jalan KL macam sesak, pergi lambatlah.

Tuesday, September 2, 2008

Bulan Puasa Yang Mulia

Syukur Alhamdulillah,
Dah 2 hari berpuasa, kesihatan amat baik. Semuanya ok sahaja, cuma yang sedihnya bulan puasa ni macam tak meriah macam tahun-tahun yang lepas. Aku nak puasa tahun ni turunkan berat badan sikit, biar senang nak carik seluar ke apa. Pergi bazar Ramadhan, bukan main ramai lagi orang. Macam malas je nak masak sendiri ( samalah dengan aku ) ahahaha!!

Sekarang ni tengah cuti semester, taklah seronok sebab seminggu je cosmo lahanat tue bagi. Minggu depan dah masuk balik. Next semester, kawan-kawan yang off last semester masuk balik, aku rasa akan havoc balik semula.

Aku baru dapat merasa macam mane hidup tanpa bapa. macam mana kawan-kawan aku yang hidup tanpa bapa mereka, contohnya Ant, Mazura, dan lain-lain. Memang dugaan paling besar dalam hidup, masalah lain pun tak sehebat camni. Alhamdulillah, aku dan keluarga makin lama makin ok cuma tu teringat kadang-kadang lebih-lebih plak sekarang bulan Ramadhan. Aku perlu tabah demi mak aku, dia yang paling terasa sekali antara kami lagi plak baru sahaja pulang dari umrah bersama arwah. Belum sempat lagi nak berborak satu keluarga, dah pergi meninggalkan kami semua.

Mungkin raya tahun ni tak semeriah sebelum ni, selalunya arwah yang beriya-iya kemas rumah, balik kampung, pergi shopping. Tahun ni, rasanya susah nak buat semua tu. Raya tetap raya cumanya maybe mood tu kurang sesangat.

Hampir sebulan lebih arwah pergi, kehidupan kami macam biasalah..ok sahaja. Ada lah mulut-mulut yang bercakap pasal arwah. Menyirap betul aku. Ada kata salah hospital la apa la, bodohlah diorang ni tak tahu ajal maut semua kat tangan Allah. Kalau lah aku tak bawa pergi hospital, mana tahu arwah kena serangan jantung kat rumah, lagilah parah orang berkata. Ceh!

Pergi hell la diorang nak kata apapun, yang penting arwah dah selamat kat 'sana' cuma kita je tak tahu bila, mungkin hari ni, mungkin esok atau lusa. Usia aku macam ni, terpaksa berkorban demi keluarga. Walaupun aku ada kekasih satu hari nanti, keluarga amat penting bagi aku.

Bab awek pulak lain ceritanya, susah betul nak pikat Sue ni. Ada pula pesaing. Kusutnya!!! Tak kisahlah apa nak jadi, jadilah. Kata orang, usaha itu tangga kejayaan.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubharak..