Cerita bermula camnie..
Sepasang pasangan bercinta, Suparno dan Mariano. Mereka sudah bercinta lebih kurang 3 tahun dan mereka amat setia antara satu dengan yang lain. Orang bercinta kan, bau busuk macam longkang pun wangi jer. Alkisahnya begini, macam biasa Suparno mengajak kekasihnya, Mariano, keluar pergi dating di mana-mana sekitar bandar. Tengok wayang, makan, tengok wayang lagi, makan, shopping sakan, makan lagi.
Kebetulan, Suparno dan Mariano berkongsi minat iaitu shopping dan shopping dan shopping sampai lebam. Banyak tempat mereka serbu sehinggakan tak ada tempat nak serbu, kalau kedai keranda tu ada jual baju pun rasanya mereka akan serbu juga. Suparno tidak pernah rasa penat melayan aweknya yang kadang-kadang macam haram gak perangai, nak beli baju yang mahal-mahal, yang ada brand. Tapi disebabkan sayang punya pasal, dia ikutkan sahaja.
Tiba-tiba, wajah Suparno berubah. Dia menjadi pendiam dan kata orang muka ketatlah. Awek dia buat bangang je, kalu dah otak pikir nak shopping, benda lain tak dihiraukan. Nampaknya Suparno memang tak tahan, gayanya seperti ingin memberitahu kekasihnya sesuatu lalu ditanyanya.
"Awak, saya ada sesuatu nak beritahu awk ni." kata Suparno.
"Ye awk, nak tanya apa?? Gaya macam ada yang tak kena je", jawab Mariano.
"Benda ni amat penting awk, saya terpaksa juga beritahu kalau. Saya harap awk boleh terima dengan hati yang terbuka." kata Suparno.
"Iskh, awk ni!! Kenapa ni sayang? macam ada yang kena je???????" tanya Mariano kepada Suparno.
"Saya harap awk bersabar ok dengan apa yang nak saya katakan ni. Kalau saya pendam, ia akan menyakitkan hati saya, kalau saya diamkan je, akan jadi lebih seksa jiwa dan raga saya." jawab Suparno.
"Awk, kenapa awak ni?? Ada perempuan lain ke!!!??? Baik awak cakap!! Kalau tak saya mengamuk nanti!!!!!" kata Mariano dengan nada yang marah.
"Sebenarnya......................", keluh Suparno.
"Sebenarnya apa???, Mariano bertanya kepada Suparno.
"Sebenarnya.............................................................................................saya nak berak ni!!! Tak tahan, dari tadik asyik kemut je.." jawab Suparno sambil berjoget-joget.
"What the fuck!!!!!" keluh Mariano..
Moral of the story is..
- Sebelum nak pergi dating tu, siap-siaplah berak ke apa. hahahahaha
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment