Saturday, September 20, 2008

Raya?

Alhamdulillah dah 20 hari berpuasa, tak tinggal dan masih lagi berpuasa. Hari raya pun nak menjelang, lebih kurang 10 hari kot. Aku tengok kat kawasan rumah aku dah meletup-letup bunyi mercun, budak-budak main bunga api, ada tu yang bersiap-siap nak balik kampung. Bila terkenang balik, waktu-waktu begini memang sibuk keluarga aku yelah bila terkenangkan balik kenangan dengan arwah ayah aku time nak hari raya ni.

10 hari nk raya ni, selalunya aku sekeluarga dah sibuk dah buat persiapan contohnya pergi shopping raya, mak dan kakak aku beli kain kat nagoya, aku sure merayap cari songkok ke apa dengan arwah bapak aku. Macam raya tahun lepas, aku beraya dengan arwah bapak aku dan arwah atuk aku. Raya tahun ni, dua-dua dah takde.

Bila pergi mana-mana je kedengaran lagu raya, masa tu mak aku dh merah mata. Aku sebak bila dengar lagu-lagu raya.

Preparation raya aku tahun ni??
Sederhana sahaja, kalu ikutkan tak nak sambut raya macam si shahrin tu tapi mak aku kata tak boleh macam tu. Raya tetap raya, jangan meratapi sehinggakan lupa yang kita masih lagi hidup. Kalau ikutkan, aku sambutlah raya jugak kan yelah bak kata mak aku, kita kena teruskan hidup.

Sedih tu sedih juga kan tapi raya tetap raya. Kemungkinan tak balik kampung kot mungkin sedara-mara yang datang ke rumah aku.

No comments: