Syukur Alhamdulillah,
Dah 2 hari berpuasa, kesihatan amat baik. Semuanya ok sahaja, cuma yang sedihnya bulan puasa ni macam tak meriah macam tahun-tahun yang lepas. Aku nak puasa tahun ni turunkan berat badan sikit, biar senang nak carik seluar ke apa. Pergi bazar Ramadhan, bukan main ramai lagi orang. Macam malas je nak masak sendiri ( samalah dengan aku ) ahahaha!!
Sekarang ni tengah cuti semester, taklah seronok sebab seminggu je cosmo lahanat tue bagi. Minggu depan dah masuk balik. Next semester, kawan-kawan yang off last semester masuk balik, aku rasa akan havoc balik semula.
Aku baru dapat merasa macam mane hidup tanpa bapa. macam mana kawan-kawan aku yang hidup tanpa bapa mereka, contohnya Ant, Mazura, dan lain-lain. Memang dugaan paling besar dalam hidup, masalah lain pun tak sehebat camni. Alhamdulillah, aku dan keluarga makin lama makin ok cuma tu teringat kadang-kadang lebih-lebih plak sekarang bulan Ramadhan. Aku perlu tabah demi mak aku, dia yang paling terasa sekali antara kami lagi plak baru sahaja pulang dari umrah bersama arwah. Belum sempat lagi nak berborak satu keluarga, dah pergi meninggalkan kami semua.
Mungkin raya tahun ni tak semeriah sebelum ni, selalunya arwah yang beriya-iya kemas rumah, balik kampung, pergi shopping. Tahun ni, rasanya susah nak buat semua tu. Raya tetap raya cumanya maybe mood tu kurang sesangat.
Hampir sebulan lebih arwah pergi, kehidupan kami macam biasalah..ok sahaja. Ada lah mulut-mulut yang bercakap pasal arwah. Menyirap betul aku. Ada kata salah hospital la apa la, bodohlah diorang ni tak tahu ajal maut semua kat tangan Allah. Kalau lah aku tak bawa pergi hospital, mana tahu arwah kena serangan jantung kat rumah, lagilah parah orang berkata. Ceh!
Pergi hell la diorang nak kata apapun, yang penting arwah dah selamat kat 'sana' cuma kita je tak tahu bila, mungkin hari ni, mungkin esok atau lusa. Usia aku macam ni, terpaksa berkorban demi keluarga. Walaupun aku ada kekasih satu hari nanti, keluarga amat penting bagi aku.
Bab awek pulak lain ceritanya, susah betul nak pikat Sue ni. Ada pula pesaing. Kusutnya!!! Tak kisahlah apa nak jadi, jadilah. Kata orang, usaha itu tangga kejayaan.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubharak..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
selamat berpuasa (:
kamu kena kuat tau (:
Post a Comment