Sudah sebulan arwah bapa aku meninggal dunia, still the same. Ok sahaja. Tak ada apa-apa yang menarik pun cuma rasa kekosongan tu ada lah. Aku macam biasa menjalankan aktiviti macam biasa termasuk mak dan kakak. Sebulan ni still lagi teringat lagi saat indah bersama bapa. By the way, we need a vacation. One day nanti, aku nak pergi bercuti kat mana-mana janji boleh tenangkan minda dan fikiran. Bercuti sekarang ni tak boleh, kata orang tak manis dipandang. Insyaallah nanti aku akan bawa mak aku bercuti.
Seminggu bercuti ni tak buat apa-apa pun, cuma duduk rumah sahaja, luangkan masa dengan keluarga sambil-sambil tu online kan diri. Ada lah pergi KL beli Al-Quran, Surah Yassin, dan sejadah nak derma kat surau, masjid berdekatan. Penat tu memang penatlah, sangkut kat traffic lagi. Orangnya pun ramai lain macam.
Dah 6 hari Ramadhan menjelma, setakat ni 3 tarawih aku tinggal. Tak larat, sebelum tu dah jalan-jalan KL dengan mak aku. Mak aku kalu dah jumpa Mydin, Sogo, Jalan TAR memang tak ingat nak balik awal. ahahah!! Sebagai pengikut yang setia, aku redha ikut mak aku. ahahah!! Hari ni ( 6.08.2008 ), ada berbuka puasa kat surau, makanan pun best. Orang-orang surau dah suruh datang tp kemalasan aku plak yg dah datang dulu so memang takdelah nak buka kat sana. Biarlah yang lain-lain tu buka kat sana, kalau buka kat rumah aku bebas melantak. ahahaha!!
Bulan Ramadhan ni, syukur aku sebab puasa masih lagi on. Cuaca pun taklah panas selalu, rasa sejuk je. Dugaan mata je yang banyak. Pergi keluar KL, tengok aweks-aweks dressing, memang cair beb. Nasib baik Iman still kukuh. Minggu depan dah start daftar kelas. Bulan puasa pergi kelas, memang kepenatan sikit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment