Puasa lagi beberapa hari je, nak menjelang Aidilfitri. Persiapan orang-orang sekeliling aku tengok punyalah meriah. Beli kelengkapan yang secukupnya untuk beraya. Sepanjang aku berjalan-jalan sekitar ibu kota, kehadiran beratus-ratus manusia membanjiri kawasan Jalan Tunku Abdul Rahman membeli pelbagai macam. Ada juga singgah ke Nagoya usha-usha kain meter, tak lupa juga singgah ke Jakel beli karpet, baju, langsir dan macam-macam lagi.
Aku ke Ibu kota bukanlah nak seronok shopping nak raya tapi aku hanya beli apa yang patut untuk mencantikkan rumah raya tahun ni. Kebiasaannya rumah aku memang bersepah tapi time-time rayalah rumah aku tersusun.
Nak kata enjoy pergi shopping tu taklah sangat, sekadar keluar sahaja. Aku bukannya biasa sangat nak jalan-jalan sampai Jakel sana, rasa tak boleh blah plak. Aku cuma temankan mak aku sahaja.
Selalunya time-time nak raya ni, aku akan get ready untuk mengemas rumah walaupun hakikatnya aku memang tak suka mengemas. Penat satu hal lagi, rasa semak je otak aku ni. Raya ni juga aku akan menolong buat ketupat dengan mak dan kakak aku. Aku start buat raya dua tahun lepas, jadi tu memang jadilah tapi standard la, tak perfect mula-mula.
Waktu nak raya ni jugaklah aku akan temankan anak-anak saudara main bunga api, setiap kali hujung minggu telefon rumah berbunyi suruh aku datang main bunga api. Well, sekali sekala jadi macam dulu-dulu, apa salahnya. Tapi mood nak main bunga api dan mercun dah hilang sikit demi sedikit, rasanya aku dah puas main time aku kecik dulu kot. Agaknyalah.
Waktu nak raya jugak jiran-jiran aku akan hilang sebab balik kampung halaman mereka masing-masing. So, tinggallah family aku kat jalan rumah aku ni, tapi ada lah dua atau tiga keluarga yang stay raya kat sini. Yang bestnya, keluarga-keluarga bukan Islam ambil kesempatan ini juga untuk pulang ke kampung mereka. Sebab tu kadang kawasan rumah aku lengang jugaklah.
Waktu nak raya jugaklah, aku kerap kali ke surau. Alhamdulillah, tahun ni setengah puasa aku ke surau tunaikan Terawih berbanding tahun lepas. Jemaah-jemaah makin lama makin kurang sebab raya nak dekat, semua apply cuti sebelum raya balik kampung. Setiap kali aku ke surau, ramai jugak aku tengok walapun sedikit.
Raya tahun ni amat sedih bagi aku dan keluarga kerana beraya tanpa orang yang tersayang, yang dah pergi meninggalkan kitarang buat selama-lamanya. Berbeza dengan Aidilfitri tahun lepas, arwah atuk dan arwah bapa aku masih hidup dan dapat beraya bersama-sama mereka tapi Aidilfitri tahun ni, kedua-duanya tiada so ia meninggalkan impak yang besar lebih-lebih lagi kepada mak aku.
Kawan-kawan bertanya bagaimana persiapan raya, aku hanya diamkan sahaja. Siapa tak sedih kan ahli keluarga yang terdekat dan rapat tiada di sisi.
Aku tulis ni nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada sesiapa yang ambil berat pasal diri aku, memahami aku apabila berlakunya dugaan terbesar ni dalam hidup aku. Aku nak ucapkan terima kasih pada, teman-teman sekolej yang faham keadaan aku. Sekarang ni hidup aku totally dah berubah, masa aku limited untuk buat apa yang aku suka. Family comes first. Harap kawan-kawan fahamlah.
Dulu, dengar lagu raya yang sedih-sedih, tak berapa nak sedihlah. Baru sekarang rasa kesedihan tu, sebab tu aku tak boleh dengar lagu raya. Rasa nak menangis je.
Dikesempatan ini, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Memohon ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki kalu aku ada terkasar bahasa kepada kawan-kawan sebaya, teman-teman sekolej dan yang mengenali aku dari segala sudut.
Semoga hari raya tahun ni membawa seribu erti kepada anda semua...AMIN...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment