Macam mana nak mula cerita ni, semalam hari sabtu malam minggu aku sibuk chatting dengan bob tu, tetibe dia kata yang hafiz accident kat sungai buloh, ada kat hospital sana. Dia kata ajak yang inform, condition dia teruk siot, katanya kemungkinan hilang ingatan. Aku melawat hari esoknya iaitu hari ni lah.
Bob pick up aku pukul 9.30 pagi kat rumah, terus ke markas ( titi ). Ingat ramailah nak pergi melawat, hampeh! Yang pergi aku, bob, capek, ajak dan firdaus. Naik dua kereta, terus gerak, takut gak waktu melawat habis nanti. Yang best tu sesat sampai nak ke Kuang, hahaha! Padahal dekat je, tak payah nak jauh-jauh. Berapa jam dalam kereta, letih penat. huahuahua! Tanya orang sekeliling pun, ntah apa-apa direction diorang bagi sampai ke jalan mati. Kelakarlah gak bila signboard tulis 'Jalan Altenatif ke Hospital Sg.Buloh', last2 jumpa jalan mati. Macam sial!
Sampai je hospital terus naik ke wad kecemasan, memang terkejut gak tengok condition Hafiz. Dari kepala ke bahu cedera teruk, aku tengok muka Hafiz dah lain. Katanya baru hari ni dia sedar dari koma, dah 3 hari terlantar koma. Tak ada sape tahu macam mana dia accident, dia je tahu. Sedih pulak tengok diorang kata kemungkinan dia akan hilang ingatan sebab hentakan kat kepala tu kuat. Ntah apa dia langgar agaknya. Dengar cerita, kena langgar lari, waktu tu malam. Sampai laa ni tak tahu apa cerita sebenarnya. Kena tunggu dia betul2 sedar.
Jumpa keluarganya, rata-rata semuanya menangis tengok condition dia, aku sendiri yang kenal-kenal gitu dengan Hafiz rasa sedih tengok nak menangis apatah lagi mak bapak dia. Masa on the way ke hospital, masing-masing gurau-gurau pasal Hafiz, tak sangka plak condition dia teruk. Tuhan je tahu. Dahlah lagi berapa hari je nak raya, sure mak bapak dia sedih kan, beraya kat hospital la jawabnya.
Aku jumpalah mak dia, aku pesan kat mak dia bawa bersabar. Tak naklah plak aku cakap banyak, kang menjurai-jurai keluar air mata mak dia. Aku dengar bob cerita bapak dia baru je keluar hospital selayang sebab kencing manis, ni anak dia plak masuk hospital. Melawat pun taklah lama sebab kitarang sampai lambat, sesat punya pasal. ahahah!!
Dahlah si Hafiz ni tengah buat major projek, kena plak dugaan macam ni. Aku memang paham sangat perasaan mak bapak dia sebab aku pernah rasa bulan lepas masa arwah bapak aku masuk hospital.
Harap-harap kemungkinan hilang ingatan tu takde kalu tak nanti macam mana dia nak proceed final projek dia. Tapi apa yang aku tengok, dia nak pulih aku rase 3-4 bulan tu.
Harap-harap dia sembuh cepat. Bak kata Bob, biar dia sembuh cepat, boleh bahan dia lagi. Hahaha!!
Lepas je balik melawat, ikut firdaus pergi The Store Sg Buloh. Ingat nak beli apa, tengok2 beli hadiah untuk awek. Hahahaha!! Ikutkan jelah, yang bestnya, ada ke pergi The Store. Hahaha!! Aku tak dapat nak ikut diorang lepaks lepas tue, aku terus balik rumah, Bob hantar. Nak mengemas rumah, rumah dah macam pasar tani. Takkan aku nak mengelat, mak aku for sure mengamuk. Hahahaha!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
harap-harap kawan kamu pulih laa ye
Post a Comment