Friday, October 3, 2008

Hari Lebaran

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maafkan segala kesalahan yang pernah aku buat. Amin..

Malam raya hari tu aku dah mula sedih dan sebak mengenangkan waktu-waktu malam raya, pasti rumah aku haru-biru sebab kemas rumah last minit. Tapi kali ni yang buat haru cuma kakak aku je, dan macam biasa aku akan mengikut jemaah-jemaah surau taman aku bertakbir dari rumah ke rumah. Alhamdulillah, walaupun tak ramai yang ikut tapi banyak rumah gak aku pergi bertakbir, dapat pahala dari Tuhan. Aku tengok orang lain seronok nak beraya, balik kampung, main mercun, pasang langsir baru, cuci kereta baru, macam-macam lagi. Aku taklah seronok sangat nak sambut, malam raya tu gak, aku tak excited nak raya cuma aku excited nak tengok UEFA Champions League.

Esoknya, hari raya. Aku bangun awal gaklah sebab nak bersiap-siap ke surau sembahyang raya. Waktu tu aku dah mula muram dan suram, ikutkan hati aku, malas nak ke surau, pakai baju melayu apa semuanya. Tetapi apa boleh buat, baju melayu aku tu arwah bapak aku yang punya, arwah tempah masa Maulidur Rasul hari tu nak dipakai waktu raya. Tak kesampaian, so akulah yang pakai.


Bila kat surau, start bertakbir, aku dah mula mengalirkan air mata. Rasa macam sayu je perasaan aku ni. Dah habis sembahyang raya, bermaaf-maafan dengan mak dan kakak aku. Mak aku menangis bila tengok aku pkai baju melayu aku kerana kepunyaan arwah bapak aku, dan lagi satu baju kurung mak aku sama warna dengan baju yang aku pakai. Suasana sedih tu dah terasa antara kami bertiga. Tuhan je tahu betapa sedihnya perasaan kami bertiga waktu tu.

Selepas itu, aku dan keluarga terus ke rumah makcik aku, hanya selang beberapa rumah sahaja. Selalunya aku sekeluarga memang ke sana tapi 6 tahun lepas je mereka ke rumah aku sebab waktu tu arwah atuk aku masih ada lagi. So, rutin kembali kepada biasa, aku sekeluarga akan ke rumah makcik aku dulu. Di sana meriah sikit sebab ada anak-anak sedara yang masih kecik lagi, so keriuhannya memang riuh.

Lebih kurang sejam, aku dan mak aku ke tanah perkuburan arwah bapak aku. Tak jauh juga hanya seberang taman perumahan aku je. Kebetulan, di tanah perkuburan yang sama, arwah atuk juga bersemadi di sana so melawat sekali. Terasa sedih tu memang sedih sangat, tak pernah aku ke kubur time-time raya. Inilah kali pertama.

Sepatutnya raya kali ni, aku nak sangat beraya di kampung aku kat Muar. Sebab keluarga aku dah takde komitmen apa-apa. Tapi hajat tak kesampaian. Orang-orang kampung dah ajak-ajak balik, siap paksa-paksa lagi. Kata mereka, ada hari keluarga dan disuruh aku sekeluarga balik. Mak aku memang tak nak balik sebab belum bersedia lagi, aku taknak lah mak aku nangis-nangis lagi sebab bila balik je mesti orang banyak bertanya. Sure la mak aku akan sedih so kali ni aku takkan balik. Tak kisahlah orang nak kata apa.

Sambung cerita balik, petang tu aku sekeluarga ke rumah pakcik aku, abang ipar mak aku, arwah bapak aku punya abang. Tiap-tiap tahun memang aku sekeluarga akan ke sana dahulu. Jauh gak rumahnya kat bukit mahkota, dah nak sempadan negeri sembilan agaknya, area bangi kot. Aku memang cukup respect keluarga mereka sebab mereka amat memahami situasi aku sekeluarga dari yang lain-lain tu. Meraka tak paksa pun suruh balik kampung ke apa, mana tak paham, pakcik aku tu pun rasa kehilangan juga, yang meninggal ni adik dia.

Padahal isteri dia tu, mulut memang boleh tahan. Yela, orang kaya kan, pangkat datuk dan datin tapi dalam hal ni meraka semua bagus lagipun aku sekeluarga memang rapat dengan keluarga mereka. Anak-anak pakcik aku tu memang bagus dan sopan. Bila kat sana, mak aku taklah tekanan sangat or bersedih so aku rasa taklah nak balik cepat. Lama gak kat sana, lepas je waktu maghrib, aku balik rumah.

Raya ni memang aku tak rasa nak menyambutnya kalu diikutkan, aku hanya duduk rumah je. Nak keluar tu ikut mood jugaklah.

Apa-apapun Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

2 comments:

Nad Eusoff said...

oh..bapak u dah tak ada ye..
sabar ye..
ape pun nikmatilah raya dalam kesyukuran

AmY said...

baju melayu macam besar je :P

selamat hari raya
maaf zhair batin

(: