Tuesday, June 30, 2009

Special For Someone

Ihsan - Bunga

Aku melintasi malam sepiku
Tanpa dirimu di sisiku kekasih
Rasa sesal yg selalu menghantuiku
Di saat ku campakkan dirimu manis

Walau kini engkau sudah
Menjadi milik yang lain
Aku tetap cinta
Ku harap engkau kembali
Untuk maafkanku

Bunga beri aku satu kesempatan lagi
Jangan sampai ku mengemis padamu
Bunga ku berjanji kali ini akan kutepati
Karena aku lelaki

Sudah ku mantapkan hatiku untukmu
Hanya engkau yg mampu mengerti aku
Tinggalkan dirinya kembalilah padaku
Hanya aku yg mampu memahami

Sudah tutup saja mata
Lupakan semua
Yang telah terjadi
Mari kita mulai lagi
Satu kisah cinta


Lirik ni dipetik daripada seorang penyanyi Indonesia. Tiba-tiba sahaja aku teringat lirik ni, i mean lagu ni. Nasib baik aku ada lagu ni dalam koleksi. Sebab apa aku tertarik?

Lirik dia lah, tak tahu bagaimana aku rasa lirik ni ada kaitan dengan aku. Mungkin cerita di sebalik pencipta lirik ni sama dengan apa yang aku alami sekarang ni. Sumpah, aku tiba-tiba nyanyi lagu ni, mungkin teringat dia. Mungkin juga. Perlu ke aku merayu seperti mana lirik ini bertulis? Patut tak? Ermm.. 2-3 hari ni memang tak keruan hidup aku tapi takpe, susah ke, seksa ke, sakit ker, aku perlu terus berjuang. Tak boleh putus asa. Tak sangka aku boleh teringat lirik ni masa tengah jiwa lara ni.

Aku actually suka explore lirik-lirik tak kira lah international or tempatan. Aku ni taklah hebat menghasilkan karya-karya sehebat mereka-mereka ni. Aku mengagumi karya-karya yang bermakna seperti lirik ini. Fuhh!!

Tak tahu kenapa aku terlalu merindui seseorang sekarang ni :( . Apa agaknya dia buat sekarang ni ye, dia sihat ker, dah makan ker, hari tu sambut hari lahir meriah ke dengan orang yang disayanginya, kalau aku merindui dia, dia merindui aku tak agak-agak? Kalau tak rindu pun takpe, aku okay je sebab aku kan biasa syok sendiri ni. Hehe

Ermmm.. Nasib baik ada blog, bolehlah aku meluahkan perasaan. :(

Birthday Nak Dekat!

Aku rasa macam perasan pulak tulis entri ni. Lama lagi lah birthday aku bulan Ogos. Saje je, kata orang tulis awal-awal. Hehe.

Okay, soalannya, apa aku nak untuk hari lahir aku? Cehwah!

Jujurlah, aku ni bukanlah jenis yang suka buat parti ke kenduri time birthday ni. Aku lagi rasa bersyukur kerana dapat hidup dan terus berjuang. Orang ingat ke atau tak ingat ke, aku taklah kisah sangat tapi kalu ingat hari lahir aku, aku rasa terharu sangat-sangat.

Aku ingat, last time aku sambut yang paling meriah ketika usia aku masa tu 7 atau 8 tahun la. Mak aku buat cekodok udang dengan kek. Masa tu memang kenangan terindah beb! Hadiah pulak, aku taklah dapat yang berharga or apa, biasalah kalau sambut time kanak-kanak dulu dapat duit, dah tua sekarang ni tak dapat apa-apa pun. Hehe.

Kalau umur aku panjang sampai 26 ogos nanti, genap dua tahun aku sambut hari lahir tanpa arwah ayah aku. Selalunya kalau dalam family aku sape sambut hari lahir, kami akan spend time bersama-sama. Makan kat luar ke or apa-apa ke. Apa yang penting, keluarga yang menjadi keutamaan, kawan-kawan or gf tu semua no. 2.

Tapi tahun ni, aku rasa aku tak nak apa-apa hadiah pun cuma aku nak minta supaya umur dipanjangkan serta sihat tubuh badan supaya aku boleh berjuang untuk terus hidup dan terus untuk mendaki sampai ke puncak. InsyaAllah.

Tu je nak tulis. Sebab bahang hari lahir aku dah mula terasa. Hehe. Poyolah aku!!

Monday, June 29, 2009

Mati Hidup Kembali

Aku tak tahu apa nak tulis sebenarnya, banyak sangat aku nak tulis. Tak tahu dari mana nak mula. Tapi apa aku nak kata, aku harus survive dalam dunia ni. Bak kata Rewan, dugaan takkan berhenti sampai kita mati.

Jalan untuk ke syurga, penuh liku, rintangan dan cabaran. Jalan untuk ke neraka, ikut highway je. Maknanya untuk berjaya, banyak cabaran dan rintangan untuk kita tempuhi.

Fida yang menghilang tu mesej dengan aku, dia nak tahu juga perkembangan aku sini camner. I guess dia tu ketinggalan skit bab-bab cerita ni. Mentang-mentanglah tahun ni, tahun dia sibuk nak kahwin, selalu menghilang je tapi dia tu sahabat aku dunia akhirat. Maybe sebab dia faham aku and aku faham dia, kami sama-sama merasa kehilangan. Itu kot. Haha. Lantaklah!!

Dia kata, dia suruh aku cari gf lain, perempuan makin bertambah-tambah dia kata. Cuma dia kata perlu sabar je. Haha. Takdenya aku nak cari gf lagi dah. Cukuplah dengan apa yang aku dikecewakan selama ni. Aku tak nak perasaan aku dimainkan lagi, aku tak nak emo je sepanjang masa. Nanti aku boleh jadi mental! haha.

Kata orang, pintu hati aku dah tertutup, dah terkubur. Ceh! Aku sekarang berjuang untuk terus hidup dan dan bukan untuk berjuang untuk dia lagi. Selagi aku bernyawa kat dunia ni, selagi itu aku akan terus berjuang untuk diri aku sendiri. Life is a gamble too. Perjuangan aku adalah untuk buat apa yang aku minat. End of story!

Kekadang tu ingatlah jugak kat dia dan still care kat dia. Tak kesahlah dia dah ada bf sekarang. Aku just nak yang terbaik buat dia dan untuk aku juga. Dia happy, aku pun happy. Thats it. Ada banyak benda yang lebih penting yang patut aku fikir daripada benda remeh-temeh yang makan hati berulam jantung ni. Haha.

Minggu ni pun agak sibuk juga rasanya. Hari rabu, ada photoshoot. Si Syeda tu perlukan photographer untuk bisnes baju dia yang dulu tu. Kalau tiada halangan, memang jadilah. Dia pun dah deal dengan aku. Kawan minta tolong, apa salahnya tolong. Rumah pun tak jauh, bolehlah guna khidmat ustaz. Hehe.

Hari ni, macam-macam aku belajar. Susah nak explain kat sini. Dapat ilmu pasal kehidupan, camner nak survive dan sebagainya. Susah nak dapat apa yang aku dapat ni. Tak menyesal aku pilih tempat praktikal tue, ada juga ilmu aku curi. Hehe.

Macam ada orang tu kata, aku ni sakit ke. Aku nak explain kat sini, memang aku sakit pun, dan apa yang aku beritahu kat dia tu memang betul. Aku tak tipu. Maaflah tak reply mesej, rasanya tak perlu reply untuk soalan yang ditanyakan sedangkan semuanya dah diberitahu sebelumnya.

Agaknya sampai sini je kot aku nak tulis. Ada masa, merepek lagi.

R.I.P Michael Jackson ( 1958 - 2009 )

Ya. Dia seorang ikon dunia dan Raja Pop. Semua kenal dia, dan membesar dengan karya muzik dia. Ternyata, karya muzik dia berbeza. Kita tengok orang bercerita tentang cinta, kekecewaan, kesunyian or whatever. Tapi dia bercerita tentang kehidupan, alam semesta dan yang berkaitan dengan keadaan sekeliling melalui muziknya. Dia juga terkenal dengan tarian moonwalk dan digelar moonwalker. Ternyata dia memang hebat biarpun dilanda pelbagai kontroversi. Karya muziknya tetap hebat. Dan juga dengar dia telah memeluk agama Islam. Jika ini semua benar, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin.

Rest in Peace Michael!!

Autopsi!

Sepanjang aku senyapkan diri ni, banyak panggilan dan mesej aku tak jawab dan reply. Aku perlu ketenangan dan macam-macam perkara aku buat waktu tu. Aku spend time dengan family aku, rakan-rakan terdekat, dan juga orang-orang kampung.

Tak tahulah kenapa aku nak buat semua tu kan, aku rasa macam aku ni selalu sangat tak spend time, keluar bersama keluarga. Bestnya, aku rasa macam aku berada di syurga.

Susah nak explain mengapa aku buat camtu. Kepada yang berkenaan, aku minta maaf banyak-banyak kerana aku tak reply mesej, ada yang sambut hari lahir, aku tak wish apa semua. Aku tak datang kolej, tak layan internet dengan sempurna dan lain-lain lagi.

Aku banyak habiskan masa aku dengan orang-orang kat taman perumahan aku, mungkin aku juga nak mencari idea baru atau cari kehidupan yang baru. Aku bergaul dengan orang veteran-veteran kat area rumah aku ni. Banyak juga nasihat tentang kehidupan, dan bagaimana untuk survive dan macam-macam lagi.

Alhamdulillah, rajin juga aku melangkah kaki ke surau kan, dah berapa lama aku tak jejak kaki kat sana. Aku rasa tenang, sempoi dan juga aku dapat rasakan sesuatu.

Aku nak minta maaf, aku banyak jauhkan diri dari kawan-kawan, aku lebihkan banyak masa ke orang lain. Orang lain pun sape je kalu bukan family aku, sumber terdekat aku.

Syukur, aku rasa aku dah dapat tahu apa yang aku nak dalam kehidupan aku. Sebelum ni, aku banyak ikutkan perasaan, aku syok sendiri, aku mengharap dan macam-macam lagi. Dan aku juga rasa bertuah kerana, aku masih lagi berdiri walaupun aku hampir-hampir putus asa dalam hidup aku.

Before this, aku rasa macam teraniaya or rasa rendah diri kerana apa yang aku ada dalam hidup aku ni. Aku ni tak berpelajaran dan aku juga tidaklah sepandai mana pun. Maksudnya, aku tidaklah belajar sampai ke IPTA yang hebat-hebat tu. Sumpah, aku memang rasa diri aku ni bodoh. Hahaha.

Tapi lepas seorang hamba Allah ni beritahu dan nasihat, aku rasa dari percakapan dia tu, aku rasa kita semua ni serupa je.

Macam-macam knowledge aku dapat, nak share kat sini susah. Ada kesempatan, aku membebel lagi kat blog ni. By the way, thanks to Rewan Ishak kerana dia telah bagi aku kata-kata semangat untuk terus maju ke hadapan. Cehwah!!

Tak Nak!

Keputusan berat aku ambil.

Aku nak teruskan apa yang aku tinggalkan sebelum ni. Hari itu aku pergi berjumpa dengan Doktor Ibrahim, dia suruh aku mempercepatkan rawatan tetapi aku menolak bulat-bulat kerana aku tak nak fikir pasal kesihatan aku ni. Lantaklah!

Aku perlu yakin. InsyaAllah, dapat tempat praktikal ni, aku akan teruskan perjuangan aku sampai aku berjaya.

Seminggu aku memikirkan tentang hal ni dan aku takkan mengalah.

Shahrin pun dah bersetuju untuk jadikan dia sebagai penasihat aku untuk projek aku ni. Harap-harap sumbangan dia dari segi knowledge berbaloi lah sebab apa yang dia tahu tak mungkin semua orang tahu.

Thursday, June 25, 2009

Temujanji dengan Doktor

Hari ni aku kena jumpa doktor Ibrahim kerana terpaksa beritahu dia pasal praktikal aku. Kalau tak, aku tak dapat pergi praktikal. So, hari ni kena pergi jumpa dia. Harap-harap dia tak marahlah. hehe.

Kenyataan Benar!

Aissshhhh!

Apo nak jadi kat eden ni! Aduh, kekadang hidup ni tak adil kan. Apa yang kita nak, kita impikan semuanya belum tentu boleh kita dapat, capai. Dalam proses penyembuhan aku ni, tak tahu dengan sapa patut aku kongsikan penderitaan aku, kesedihan aku. Saat-saat camni, barulah nak minta pertolongan dari Yang Maha Esa kan. Baru nak teringat. Itulah manusia, bila senang, tak ingat nak bersyukur, bila dah jatuh sakit, hilang semangat, baru nak cari DIA. Aduh!!

Bila aku fikir-fikir balik, memang betul lah apa orang sekeliling aku berkata pada aku. Aku tak matang dalam sesuatu perhubungan, aku macam budak-budak, aku selekeh bak kata syeda. Aku tak hensem, aku gemuk. Dalam hidup aku ni tak ada apa yang patut dibanggakan kan? Iskhh. Satu tamparan hebat bagi aku semua ni, aku rasa macam kecik je. Maybe sebab aku ni sukar nak terima kenyataan kot. Sebab itu aku ni tidak matang bak kata seseorang tu. Aku ni panas baran, bodoh, bebal, sengal, sape nak lekat lama-lama. Yang lebih kurang camtu je boleh lekat lama-lama.

Sejak kebelakangan ni, banyak terjadi benda-benda yang menyedihkan aku dan buat aku lagi sedih bila sambil-sambil tu, aku teringat kat bapak aku. Yela, kalu ada dia, aku rasa tenang sikit sebab bapa aku tu seorang yang sentiasa memberi semangat dan inspirasi. Bila dia dah tiada ni, aku rasa macam kosong je. Tiada sapa pun akan dapat faham kalu orang tu betul-betul merasai macam Ant, Zura, Fida. Aku kadang tengok macam mana diorang boleh tempuh kan saat-saat kehilangan ni. Kadang tu aku rasa macam hidup aku dah tak bermakna lagi, bunyi macam orang yang tak ingat agama kan. Hehe. Tapi ada gak ramai yang nasihat, beri semangat. Thanks.

Permulaan hidup baru amat payah bila tak cukup seorang. Bila tak cukup, rasa ada yang tak kena. Aku admit, aku kadang memang kadang-kadang abaikan arwah bapak aku, nak pergi mana-mana ke, aku sure tak ikut sebab MALAS. Orang kata aku ni anak manja kan, bongsu. Tapi sume tak tahu yang aku ni dilayan sama rata.

Nak kata bercinta? Banyak kali gagal. Ada yang suka, aku plak tak suka. Ada yang aku suka, dia pulak tak suka, ada yang sama-sama suka last sekali tipu aku hidup-hidup, dan ada juga yang aku suka tapi aku je yang suka, syok sendiri. Susah sangat ke aku ni ye, teruk sangat ke. Honestly, aku tak pernah putus asa nak mencari teman istimewa kerana aku nak berkongsi kasih sayang dengan dia. Dulu aku rasa dah jumpa apa aku nak, dah dapat apa yang aku nak, macam-macam aku harapkan kat dia, tapi end up lain jadinya. Kawan-kawan dah happy untuk aku tengok, wah, aku sudah mempunyai seseorang sebab aku tahu kawan-kawan aku ni mengikuti perkembangan aku. Tapi bila jadi camni, akulah yang rasa malu, diperbodohkan. Aku ni golongan yang terpinggir ke senang-senang nak mainkan perasaan aku. Orang gemuk pun ada perasaan juga, nak juga rasa dicintai.

Aku pun dulu sudah mula untuk melangkah ke level yang seterusnya, aku ingat nak mempertemukan dengan family aku, yela kan. Masa tu, aku fikir, Tuhan mempertemukan aku dan dia, mungkin ada hikmahnya. Tapi Tuhan juga Maha Adil, DIA juga tunjukkan aku kebenaran. Macam mana aku tahu kebenaran? Instinct akulah. Aku dah mula perasan mula-mula perhubungan tapi aku sabar je, masa tu aku fikir kalau betul apa yang aku rasa ni, aku harap Tuhan akan tunjuk dan beri petunjuk. Dan akhirnya, DIA tunjuk aku so aku tahu. Macam mana aku verify kan kebenaran tu? Biarlah aku sendiri je tahu sebab kalau dia tahu, aku rasa akan berlakunya perang. Biarlah aku seorang je tahu.

Kata orang, nasi dah jadi bubur, hubungan aku dengan dia sampai setakat ni sahaja. Berkawan atau tak, itu semua terpulang pada dia. Kalau dia tak nak berkawan, aku tak kesah dan tak rugi apa-apa pun. Tapi apa yang dia buat kat aku sebelum ni, tujuh keturunan pun aku takkan lupa. Perkara yang paling manis berlaku dalam hidup aku adalah bertemu dengan dia dan yang paling pahit dalam hidup aku adalah apabila dia tipu aku hidup-hidup. Minta maaf lah sebanyak mana pun, sejuta kali maaf pun, benda tu takkan pusing balik. Walaupun selepas itu, aku dah buat sesuatu perkara yang menyakitkan hati dia tapi adakah dia tahu betapa sakitnya hati aku dengan apa yang dia buat sebelum ni. Aku pun malas lah nak kutuk-kutuk dia dalam blog aku.

Aku tahu dia marah sebab tulis hal dia. Katanya, biarlah hal aku dengan dia! aku, dia dan Tuhan je tahu. Dahlah, aku malas nak cakap-cakap pasal dia lagi, buat aku sakit hati je. Bila aku sakit hati, aku teringat, bila aku teringat, aku mula rindu. Aku tak nak lah semua tu jadi. Aku tak nak jadi jantan terdesak. Dan jantan bebal. Aku ada maruah.

Aku ni jenis yang tak simpan dendam. Benda tu tak elok, nanti hidup tak aman. So, aku lupakan jelah. Aku lupakan tak bermakna setiap apa yang dia dah buat aku lupa. Apa-apapun terima kasih kerana dapat kenal dengan anda dan kawan anda Ain. Honestly, lepas apa yang jadi ni, aku memang tak boleh dengar nama Uitm, Seremban, Nasi Ayam, Shah Alam dan minyak wangi BODY SHOP. Tapi aku berdoa kat Tuhan, aku tak nak ada dendam kat jiwa aku. Kita hidup ni pun tak lama, bila-bila je Tuhan boleh tarik nyawa kita.

Aku pasrah jelah apa terjadi ni, mungkin ni takdir aku kan jadi camni. Next time, kepada perempuan-perempuan, mainkanlah perasaan aku ye. Nasib baik aku ni bukan ada darah pembunuh ke perogol ke, kalau tak, kenalah diorang. Hahaha.

Sabar jelah. Makcik yang sapu sampah kat kolej aku tu lagi baik. Macam mak aku, hari-hari aku sakat dia. Hehe.

Thats all I want to say tonight.

Wednesday, June 24, 2009

Transformers : Revenge Of The Fallen

Cerita paling best tahun 2009!

Aku dah tengok tadi dan pasti aku akan tengok lagi. Tiket harga RM 50 pun aku tetap akan tengok sebab ianya berbaloi.

Yang pasti lebih hebat dari yang pertama dan kali ni apa yang kita sangka lemah, sebenarnya dialah yang paling ganas.

Kenapa?

Tengoklah sendiri.

Ayah dan Ibu



Teringat masa Akademi Fantasia 5 minggu ke 7, masa ni rasa sedih sangat kerana lagu 'Ayah dan Ibu' ni lah. Bila sekarang disiarkan semula kat tv, aku bertambah sedih. Baru aku faham apa perasaan salah seorang peserta, Aswad yang telah kehilangan kedua ibu bapanya. Dia nampak cool je tapi dalam hati dia sape tahu kan? Renung-renungkanlah video ni, aku tengok banyak kali pun still aku rasa sedih.


Ayah dan Ibu

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

Tuesday, June 23, 2009

Tek Trek Tek Tek!

Masih lagi saya yang menulis di ruangan ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah S.W.T kerana telah beri saya petunjuk kepada kesilapan seseorang yang telah mempergunakan saya atau kata kasarnya 'kencing' hidup-hidup kat saya. Saya amat rasa berbangga kerana telah di 'kencing'. ( Kembang sikit hidung aku )

Kata orang, biar kecewa, marah, dan maki hamun sekarang dari mengalami semua ni di masa hadapan. Syukurlah!!

Hidup ni macam roda je. Sekejap naik, sekejap turun. Kali ni aku berada di bawah, mana tahu esok or lusa, aku pulak berada di atas.

Berkat doa dan usaha, dapat dah tempat praktikal. YEAH!!! Bolehlah aku nak mulakan KERJAYA aku lepas ni.

Plan aku hari ni sepatutnya keluar dengan si syeda tuh je. Tetiba plak si asnol call suruh datang pasal praktikal ni lah. Angin aku! Kacau lah!

Aku try mesej si shahrin sebab asnol kata dia dengan aku dapat tempat yang sama. Si pemalas tu plak kata malas nak bawa motor so aku angkut jelah dia. Hehe. Rupa-rupanya, dua-dua ni memang kenal, classmates zaman sekolah. Hahaha. Aku pun macam orang iban je dengar diorang borak-borak, macam program jejak kasih pulak! Hahaha. Yang syeda tanya dia itu, shahrin jawab ini, aku pulak? Redha je dengar. Hahaha.

Pelik jugak aku hari ni. Dengar macam-macam berita pasal virus H1N1. Power sangat ke benda ni. Hebat sangat ke sampai boleh bawa maut. Iskh! Dunia nak kiamat dah, Tuhan dah murka lah tu agaknya. Maksiat merata-rata.

Pernah sekali aku ingat, aku pernah tengok pasangan kekasih berciuman dalam kereta. Eh, dalam kereta, aku macam pernah buat je, dengan sape ek? hehehe. Back to the story, susah jugak nak tengok free show ni. Orang kat sini selalu kata 'kereta rosak'. Yang bestnya, semuanya orang kita, orang MELAYU. Wahh, sensitif ni, sampai sini jelah aku cakap. Sebab aku pun pernah buat gak dulu kat area-area jauh daripada rumah aku. Dulu aku buat pun jauh sikit, kat shah alam seksyen 2 dengan 12. Hahaha. Ya, Allah, ampunkan dosa aku!!!!

Malas aku nak cerita, karang ada pihak terasa. Kalau ada permintaan banyak, aku cerita! hehe.

Aku fikir aku buat akaun myspace balik, jadi oklah. Aduh, benda yang sama jadi. Ntah apa-apa, rasa macam nak delete je myspace aku tu. Friendster pun aku manalah reti guna apatah lagi Facebook.

Sangap pulak aku tengok cerita hantu sekarang ni. Sebab perangai aku pun dah naik hantu sekarang ni. Tak caya? tanyalah dia. Hahaha.

Dahlah, malas aku nak merepek lagi. Aku kena MATANG, sekarang ni nak bina KERJAYA. Dahlah hari tu, aku dihina kata aku macam-macam. Sakit wok rasa dihina. Hang pa tak rasa, eden yang meraso.

Minggu ni aku last online. Jumaat ada benda nak buat. Harap berjayalah. InsyaAllah.

" Ya Allah, Lindungilah hamba-MU ini dari segala godaan jin dan syaitan serta jauhkan lah daripada orang-orang yang berhati busuk dan ada niat tak baik pada aku. "

Amin....


( Lirik di bawah ni bagi aku amat bermakna kerana ia memberi satu semangat supaya jangan putus asa dalam hidup dan sentiasa tahu walaupun kecewa, pasti ada perkara baik datang berlaku. So, sesiapa yang rasa nak putus asa tu, ekau hayatilah lirik ni baik-baik. Tak kisahlah kecewa bercinta ke or ditipu ke. Aku bukanlah minat sangat kumpulan Mendua ni, tapi lirik ni buat aku rasa 'sesuatu' dan macam ianya 'berisi' sesuatu. )

Mendua - Hampir Ke Situ

Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkan ku miliki

Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmat
Yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya mencuba

Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Karena ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan daya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu

Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Amanlah akhirnya tetap bersama.

Friends!

Evening..

Sorry if sejak 2-3 minggu ni kelihatannya aku agak jiwang, emo dan macam-macam lagi seolah-olah aku berada di dunia sendiri or zaman jahiliah. Minta maaf.

Aku hilang fokus sekejap hanya kerana seorang perempuan yang takkan jadi milikku aku walau harapan setinggi gunung. Ceh Wah!

Sorry guys, no worry. Our project berjalan seperti biasa. Kini aku rasa minda, roh dan juga semangat aku sudah bebas. Kini aku lebih fokus untuk ke hadapan. InsyaAllah seperti yang kita rancang, bulan Julai akan berlakunya penggambaran klip video JGO. Apa-pun kena jumpa diorang nak bincang pasal storyboard ke apa.

Apa yang jadi ni, semuanya salah aku. Aku tak fokus. Man, betul cakap ko, aku ni desperate tapi Rafidah cakap lagi betul, aku desperate hanya kepada seorang perempuan sahaja. Hehe!! Kau tak kenal dia man, tapi bakal suami dia sebijik macam ko! Hahaha

Aih! Sisa-sisa lalu masih ada dalam kepala otak aku ni! Blah kau, nyah kau dari serebrum aku! Hahaha. Have a nice life with your guy. Don't you ever come back macam lagu Utada Hikaru pula. Ceh!

Jika anda membaca ruangan blog ni, just to wish you HAPPY BIRTHDAY this 26th Jun yang ke-23. I still remember your birthday. Oh, I forgot, you hated me! Hahaha. Take a hike girl! Wish you happy in your life!

Lepas ni, pasti aku tak naklah makan nasi ayam, mesti sakit hati, sakit urat kentut, sakit payu dara. Eh, aku ada ke payu dara! Hehe. Bilalah aku nak dapat praktikal ni, aku ni nak bina KERJAYA nanti lepas 3 tahun, nak ada duit sendiri, bolehlah aku MATANG kan diri sendiri, so bila MATANG bolehlah aku jadi BAIK dan seterusnya aku nak cuba ujibakat raja lawak supaya aku boleh tahu yang aku ni FUNNY atau tidak. Hehe. Takpun bila dah ada KERJAYA nanti boleh buka bisnes sendiri, buka kedai ke, eh, syarikat sendiri. Agak-agak lepas 3 tahun boleh ke aku capai semua tu ye? Hehe. Rasanya boleh aje, usaha itu tangga kejayaan.

Sebut pasal 3 tahun, macam pernah dengar je ye. Hehe. WHATEVER!! Hehe

Aku jahat gila kan? Hehe. Tulah, aku tak nak perangai jahat aku datang, kan dah jadi orang pertama rasa. Nasib baik tu baru sikit. Tapi cukuplah, itu je aku nak tunjuk. Aku dh insaf dah! Hahaha.

Cakap pasal tunjuk, bila agaknya aku nak tunjuk yang aku ni nak berKERJAYA ye? Aku tak nak kena hina sebab ni lah, ramai dah macam menghina aku sebab takde KERJAYA. Tidak mengapa, lepas aku dah ada KERJAYA, aku nak cari gadis yang tak pandang hanya pada material sebab nanti aku bercinta atas dasar SAYANG, CINTA, KASIH, IKHLAS. Aku pun tak nak memilih berdasarkan TARAF atau SETARAF.

Hehe.

Penat aku tulis ni. Selamat beradu! Esok nak keluar dengan bintang paling popular! Hehe. Tempatnya mana lagi kat Taman Tasik Perdana lah. Takkan lah aku nak keluar dengan jantan kot pergi sana. Aku rejam sorang-sorang kata aku gay. Mestilah aku nak keluar dengan orang perempuan. Nak bertenang kat sana. Karang mengimbau balik sejarah silam pulak dah. Takpelah, pergilah, suruh bintang paling popular tu buat lawak bodoh biar aku gelak, takdelah aku teringat kisah silam. Buat sakit hati je kisah silam ni. Menyampah tau dear! Hehe

Dah, aku nak tidur. Aku nak mimpi basah malam ni, biar aku jadi MATANG.

Monday, June 22, 2009

AKU TERUK, DIA BAIK!

Assalamualaikum.
Selamat Sejahtera.

Well, a little bit upset today. Kerana orang yang aku sayang dah membenci aku, tapi takpe, memang itu yang aku nak pun. Aku tak nak dia sayang aku lagi. Tapi, sebelum aku buat dia membenci aku, ada ayat-ayat dia yang buat aku keliru......


" muktamadnye antara kte jus kwn n xbleh lebh dr seorg kwn n sye pilh bf sye tok jd lebh dr seorg kwn..ok.. "


Wah, susunan ayat yang sangat cantik. Dia lupa agaknya janji dia 3 tahun tu. Tapi takpelah, dah dia cakap camtu. Betul kata Rafidah, jangan terlalu mengharap sebab Rafidah tu tahu aku mengharap and baru aku sedar, dia cakap betul. Yela kan, aku ni baru je dia kenal tak macam bf dia, dia dah kenal lama padahal setahun je. Memang patutlah dia pilih bf daripada aku. Kalau aku pun mesti pilih bf sebab takkan nak pilih orang lain. Kan? Hehehe. Yang bestnya si Rafidah sejak nak kahwin ni asyik menghilang je.

Aku sedar, aku ni tak matang, macam budak-budak. Merepek sana, merepek sini, tak funny, tak baik. Biasalah umur macam aku ni, asyik nak enjoy je. Kerja takde, pendapatan tanggungan keluarga. Agaknya sebab ni kot. Ntahlah.

Aku rasa sedih gak bila dia kata,

" shut up!!!!!!!!!!!!!!!!!! "
" sye benci awk "

Dia tak faham apa yang aku maksudkan tapi takpe, sudah cukup dia cakap macam tu kira oklah. Lepas ni takdelah nak sayang aku lagi. Biar je dia sayang orang yang dia dah kenal setahun tu.

Lepas ni, just continue lah. Baru ingat 26 Jun ni nak jelajah seremban tapi dah jadi camni. hancur harapan den!

Hahaha..

Its over now..

Pesanan untuk Cik Nur Shazila

Bismillahirrahmanirahim..

Aku bangun pagi-pagi buta ni kerana satu sebab, malam tadi aku bermimpi sangatlah indah. Yang paling indah semenjak aku mimpi basah dulu-dulu. Hehehe.

Aku beryukur kepada Allah s.w.t kerana Dia lah, aku dapat mimpi benda ni.

Aku pernah berkata kepada iela, permintaan terakhir aku, aku nak spend time dengan dia buat kali terakhir. Itu sahaja yang aku mahu daripada dia. Kerana? Ntahlah, aku tiba-tiba je cakap macam tu, tak tahu apa sebabnya.

Malam tadi, aku mimpikan kan dia. Bukanlah mimpi yang bukan-bukan cuma mimpi dari mula perkenalan aku dengan dia sampai last day aku jumpa dia. Tersangatlah indah sampai aku sedar je daripada tidur, aku mengalirkan air mata.

Hanya iela je yang tahu bagaimana perkenalan aku dengan dia, dari satu level ke level yang lain.

Permulaan bermula dari sebuah tasik, yang dipanggil Taman Tasik Perdana. Di situlah aku ingat pertemuan aku dengan iela. Walaupun dalam mimpi tu, aku tak banyak bercakap dengan dia tetapi dapat lihat muka dia, hidung dia, aku rasa masa tu aku sangatlah gembira walupun aku tahu, itu cuma dalam mimpi sahaja.

Biasalah mimpi kan, tiba-tiba je berubah tempat, aku berdua-duaan bersama iela ulang-alik ke tempat belajar dia. Aku masih lagi ingat dan rasa sentuhan dia, ciuman dia, kemanjaan dia, kenakalan dia dan segala-galanya tentang dia. Jujur aku katakan, dalam mimpi ni sama dengan apa yang aku rasa semasa aku dengan iela suatu ketika dahulu, taklah lama pun, 3 bulan lepas je. Hehehe.

Memang dalam mimpi aku ni, aku rasa bahagia sangat, aku rasa akulah yang paling bertuah. Tetapi, itu semua mimpi je, walaupun aku dah alaminya dulu tapi Tuhan tu maha berkuasa, walaupun iela tak nak tunaikan permintaan terakhir aku untuk spend time dengan dia satu hari, at least aku dapat mengalami mimpi yang lebih kurang sama pun jadilah. Lepas juga rindu nak jumpa dia.

Kalau dia baca blog aku ni, aku berharap dia tak lupa kenangan-kenangan bersama 3 bulan yang lepas. Aku juga nak dia tahu, walaupun aku jauh dengan dia, rasa sayang aku kat dia tak pernah pudar walau sikit pun. Walaupun kehadiran orang baru dalam hidup aku ke, atau aku sudah tiada lagi ke kat dunia ni, aku nak dia tahu yang aku teramatlah sayang kat dia. Apa yang aku buat, hanyalah untuk kebaikan dia kerana aku sayang kat dia. Itu sahaja. Aku bukan nak mengalah.

Aku nak mengucapkan terima kasih kerana dapat hadir dalam hidup aku walupun sekejap je. Sekarang ni, biarlah orang lain yang lebih layak untuk menjaga iela kerana aku takut tidak mampu untuk menjaga dia, memberi kasih sayang pada dia. Biarlah aku berkorban demi kasih sayang aku kat dia. Aku harap dia happy dengan orang yang dia cintai dan sayangi.

Di sini, aku ingin berkata pada iela, kita still berkawan lagi dan still bersahabat lagi. Kalau awak memerlukan apa-apa ke atau apa sahaja, awak boleh berhubung dengan saya dan saya akan berada di sisi awak. Untuk itu, awak anggaplah teddy bear yang saya berikan tu sebagai tanda perkenalan kita, saya harap awak takkan buang kerana itulah pemberian saya yang bermakna untuk awak. Kalau awak nak buangkan pun tidak mengapa, it's up to you.

Sampai sini sahaja tulisan saya untuk awak, harap awak dapat baca blog saya kerana kat sini jelah saya dapat meluahkan segala-galanya.

Assalamualaikum.....

Sunday, June 21, 2009

It's Done

Salam..

What a bad day!

Hari ini sahaja sudah meyakinkan aku untuk rasa sedih dan hiba. Aku melihat keadaan sekeliling, dan merasai rasa hiba dan sedih itu padahal yang lain hanya berseronok dan merasa gembira kerana orang yang mereka sayangi berada di sisi. Kawan-kawan, jiran-jiran, kenalan-kenalan, sahabat-sahabat dan juga saudara-mara, mereka semua bersama insan-insan yang tersayang. Aku pula masih di sini, mengharap serta menagih kasih sayang dari orang sekeliling.

Semalam, aku sudah mengambil keputusan muktamad, walaupun amat berat untuk aku decide tetapi aku patut buat keputusan ni supaya aku tidak lagi rasa bingung.

Benar kata-kata kawan-kawan aku,

Rahman, Rafidah, Amir, Dyla, Syeda, Noi. Mereka semua ni berkata benar pada aku supaya lupakan dia, jangan mengharap kat dia. Rafidah siap maki hamun dia sebab buat aku camnie, tapi aku still backup dia. Sebabnya, rasa sayang tulah!

Bila semalam aku cancel kan temujanji dengan Sue, aku just duduk rumah menyusun ayat untuk memberitahu pada dia keputusan aku. Bila tiba waktunya, aku beritahu padanya, memang aku dah agak keputusannya.


" thanks a lot...thanks byk...
firstly,sye rse kcewa sgt ngn awk...
2nd thnks wt sye ngs..
n then akhirnye awk mgalh gk seblom bermula...
kn sye gtw,nie bru pmulaan..
sye tw awk bperg ngn diri sendiri.sye tw coz me awk jd x menentu...
tp 2lh..sye tlalu kcewa sgt2 ngn awk..tlalu kecewa..
syukri..start from now...lupekn sye..
lupekn sye dlm hdp awk...
sye xtw nk ckp pe mybe skg nie ati sye tgh kecewa..ngis...sedih...
da lh...awk pegilh.......................................... "


Jawapan yang sudah aku agak dari mula. Tapi nak buat camner, dia tak boleh sayang kedua-duanya. Aku tak nak terperangkap dalam cinta tiga segi lagi. Betul kata Mat Jebon, lagu " cinta mati " khas untuk aku. Hehehe.

Seriously, susah aku nak buat keputusan begini. Bagi pihak dia, tentu akan kata aku macam-macam. Kalau dia baca blog aku ni, aku harap dia fahamlah mengapa aku buat keputusan camni. Aku bukan nak mengalah awal, surrender ke apa. Aku cuma tak nak dia rasa keliru dengan perasaan dia sebabnya dia pernah beritahu aku yang dia sayang aku dan sayangkan boyfriendnya. Aku tak nak jadi manusia bodoh mengharap apa-apa dari dia. Itu sahaja.

Buat masa ni, biarlah orang lain yang lebih layak dari aku untuk menjaga dia. Cukuplah dengan apa yang dia dah buat kat aku selama ni. Aku tak nak perkara camtu berlaku kat aku lagi. Biarlah Tuhan yang membalasnya kerana DIA maha adil.

Sekarang ni, apa yang penting hanyalah hidup aku sahaja. Untuk menyesuaikan diri tanpa dia, memang susah dan perlu ada keberanian. Inilah pertama kali dalam hidup, aku mengalami situasi camni. Bak kata syeda, cinta pandang pertama, susah nak lupakan. Kelakar jugak aku dengar sebab bila aku dengan dia, belum declare berpasangan tetapi macam orang bercinta.

Aku perlu memikirkan tentang bagaimana nak siapkan serta sempurnakan video yang sedang aku usahakan bukan pasal dia. Cukuplah!!

Tetapi bila aku fikirkan tentang perkara yang dia buat pada aku, agak-agak dia rasa bersalah tak? Hehehe. Walaupun aku dah maafkan dia, tetapi dalam fikiran aku ni masih lagi terbayang dengan apa yang dia dah buat pada aku. Agak-agaklah kalau boyfriend dia tahu, apa yang terjadi ye? Hehehe. Ntahlah. Takpelah, aku dah lupakan pun malah aku dah maafkan pun. Aku ni bukanlah orang yang berdendam. Tak elok, lagipun InsyaAllah tahun ni aku ingin berhajat untuk ke Mekah. Ini semua perancangan kan. Harap-harap sampailah seru. Masa untuk berubah!!

Semoga dia happy dengan hidup dia, dengan kerjaya dia. Harap-harap mamat tu dapatlah jaga dia sebagaimana aku menjaga dia kat Kuala Lumpur 3 bulan yang lepas. Kalau aku dapat cakap dengan mamat tu, aku nak cakap biar jaga dia elok-elok, bahagiakan dia. Aku tak nak dia rasa tak bahagia macam yang dia pernah beritahu kat aku, asyik kata Tuhan tu x adil je. Harap-haraplah mamat tu tahu camner nak beri dia kasih sayang, setakat material tu, tak cukup. Bukan boleh bawa mati pun segala material ni.

Kalau aku dapat tahu, si mamat tu tak jaga dia elok-elok. Aku akan gegar kedai nasi ayam dia nanti. Hehehe. Aku bawa ayen, man, syuan, ustaz, amir, lee, n then aku belanja makan nasi ayam kat kedai mamat tu. Hehehe. Sambil nak marah-marah, sambil tu boleh makan supaya tak lapar. Hehehe.

Aku rasa sampai sini sahaja tulisan aku untuk hari ahad ni, apa-apapun aku rindu kat arwah bapa aku. Walaupun aku ni bukannya sambut hari bapa tapi bila tengok orang lain sambut, terasa juga. Mak aku suruh tempah baju raya pun, aku tak nak, aku rasa hari raya aku ni tak bermakna dah sekarang. Lantaklah. Nak dapatkan diploma pun macam tak seronok sebab bapa aku takde, aku nak tunjuk dia. Itulah, harapan aku nak ambil diploma nak ajak dia, tapi lepas apa yang terjadi ni, buat aku rasa ambil diploma tu macam beli taugeh kat kedai je. Tak penting pun.

Oklah,

Last word,

I will miss you Nur Shazila Saharil!

This is the day

Hari ini adalah Hari Bapa ( 21 Jun ).

Kepada semua bapa-bapa yang aku kenal.

SELAMAT HARI BAPA!

Cik iela, nak sangat jumpa bapa cik iela yang sentiasa berfikiran jauh tu. Bolehlah aku nak minta advise untuk diri aku yang tengah 'lost' ni.

Thanks.

Friday, June 19, 2009

iela Part 2

Melalui nukilan yang pertama, dia pernah memberitahu aku supaya dapat menulis tentang diri aku dan dia.

Inilah hasilnya, terciptalah nukilan yang bertajuk, "Saatku" khas untuk insan yang bernama Nur Shazila Binti Saharil.




Saatku

Saatku bertemu kamu,
Diam tak memandangmu,
Saatku menatap kamu,
Hidungmu serupa denganku.

Saatku bercakap denganmu,
Alangkah indah situasi itu,
Saatku mengadu kepadamu,
Terubat segala kesunyianku.

Saatku bersama denganmu,
Kupegang erat jari-jemarimu,
Saatku berada dekat denganmu,
Terasa hangatnya hati kamu itu.

Saatku melihat telatahmu,
Terasa bagaikan di dunia yang baru,
Saatku melihat fotomu,
Terasa amat rindu kepadamu.

Saatku berada jauh denganmu,
Hidup bagaikan dijajah,
Saatku keseorangan tanpamu,
Bagaikan lumpuh kaku.

Saatku mengingati kamu,
Hidup sangat-sangat indah,
Saatku melupakan kamu,
Terasa diseksa menunggu diperah.



Hanya kamu sahaja tahu tentang kita.

Setiap jam, setiap minit, setiap saat, memang berharga dan bermakna. Setiap saat bersamanya walaupun sejam, ia sangatlah indah dan bermakna dalam hidup aku. Tak ada apa yang akan dapat digantikan dengan saat-saat aku dengan kamu..

Thursday, June 18, 2009

iela

Aku dedikasi kan nukilan ini khas untuk seseorang.
Nama dia Nur Shazila Binti Saharil.




CAHAYA

Lorong,
Di manakah diriku,
Di manakah cahaya itu.

Lorong,
Gelapnya jalan itu,
Tragisnya suasana itu.

Lorong,
Seksanya perjalanan itu,
Sakitnya perasaanku.

Cahaya,
Kembalilah kepadaku,
Terangilah mata hatiku,
Tajamkanlah fikiranku.

Cahaya,
Tanpamu diriku kaku,
Kehilanganmu amat sayu,
Kelebihanmu bermakna bagiku.

Cahaya,
Aku amat memerlukanmu,
Biarpun sejuta batu,
Ku tetap milikmu.


Sesungguhnya kehadiran kamu bak cahaya yang menerangi hidup. Sukar untuk aku gambarkan bagaimana cahaya ini memberi sinar dan juga penerang jalan untuk maju ke hadapan. Aku tuliskan ini supaya nak kamu tahu kehadiran kamu sentiasa membawa sinar kepada aku.

Dan selama-lamanya akan aku anggap kamu adalah cahaya yang sentiasa menerangi.

SELAMAT HARI BAPA

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera..

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada semua bapa-bapa seluruh Malaysia.

" No One Can Replace You Dad "

Jika aku diberi peluang untuk berkata sesuatu kepada bapa aku,

" Abah, ki minta maaf banyak-banyak jika sebelum ni ki banyak buat salah, terkasar bahasa dan juga buat abah rasa marah dan mengamuk pada ki. Tiada niat ki untuk membuat semua tu kerana ki tahu abahlah orang yang paling penting dalam hidup ki. Terima kasih kerana telah membesarkan ki, memberi keperluan pakaian, makanan dan juga permainan. Perangai ki yang buat abah rasa tidak selesa atau selesa. Segala gelak ketawa bersama akan ki ingat sampai bila-bila. Abah, I LOVE YOU!! "

Sekarang hanya doa dapat kuberikan kepada dia kerana bapa yang aku sayangi telah pergi jauh menghadap ilahi. Setelah hampir 10 bulan dia pergi, aku masih lagi rasa kehilangan dia. Aku masih lagi tertanya-tanya dalam diri aku, adakah betul dia sudah pergi? Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, hanya Tuhan sahaja yang mengetahui apa yang aku rasa.

Apa yang aku rasa sedih, aku tidak mencontohi salah satu sikap dan sifatnya itu. Aku sedar, dia begitu istimewa kerana apa yang ada pada dia, mustahil untuk ada pada bapa-bapa lain. Walaupun aku sedih kerana aku tidak mencontohi macam dia tapi aku berbangga kerana dia adalah bapa aku. Dialah HERO aku.

Aku rasa lagi nak menangis bila hari-hari terakhir dia, aku tidak meluangkan masa bersama dia. Aku tidak mengikut dia untuk berjalan-jalan keluar ke KL seperti mana tiap-tiap hari sabtu. Aku seolah-olah menjauhkan diri daripada dia, tidak meluangkan masa untuk dia, hari-hari terakhir dia.

Aku masih lagi ingat pelukan eratnya sebelum dia melangkah pergi menunaikan umrah pada julai 2008. Aku masih lagi ingat dia begitu seronok untuk pergi ke tanah suci Mekah. Bila aku kenang balik, aku menjadi lebih terasa dan ingin mengalirkan air mata.

Walaupun pemergiannya amat mengejutkan, tapi disebaliknya, aku rasa sedikit kegembiraan kerana dia dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah biarpun hanya menunaikan Umrah.
Akhirnya dia dapat ke sana sebelum dia pergi selama-selamanya.

Honestly, hidup aku rasa kosong semenjak dia tiada. Aku rasa sunyi, tiada teman untuk berborak tentang sesuatu. Sesama lelaki, pasti senang untuk diajak berborak. Semua tu sudah tiada dan aku rasa seperti lumpuh kerana tiada insan yang bergelar bapa.

Tiada orang pun akan dapat menggantikan tempat dia kerana dia lah satu-satunya bapa yang cool dan sempoi.


" Aku bersyukur padaMu Allah kerana telah menjadikan dia sebagai bapaku, menyempurnakan dia sebagai bapaku serta menjadikan dia seorang insan yang tidak pernah rasa putus asa terhadap anak-anak dia "


Di sini, aku ingin berpesan kepada kawan-kawan aku semua, hargailah bapa. Luangkanlah masa anda untuk bapa anda dan juga jangan melawan cakap dia. Seburuk-buruk mana pun dia, sejahat-jahat mana pun dia, " Dia tetap bapa kita ". Dialah yang membesarkan kita, dialah yang bertungkus-lumus dan berkorban untuk menjaga kita. Hargailah mereka sebelum mereka tiada di dunia ini. Masih sempat untuk melakukannya.

Jika ditakdirkan aku berkahwin suatu hari nanti, aku ingin menjadi seperti arwah bapa aku. Walaupun antara aku dengan dia berbeza sifat dan perangai tetapi aku sebagai anak, mengagumi dengan dirinya. InsyaAllah, aku akan teruskan legasi dan keturunan ini.

SELAMAT HARI BAPA..

Pagi Tadi

Assalamualaikum..

Lepas satu masalah datang, ada pulak masalah baru yang timbul. Macam-macam dugaan menimpa. Apsal erk?

Tapi aku tak nak lah sebab masalah ni, aku terus nak putus asa. Sebab before this, aku ikutkan je, aku tak membantah. Sekali sekala perlu membantah untuk kepentingan diri sendiri.

Tapi hari ni lah aku rasa diri aku teruk! Arrgghhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

Balik je kolej tadi aku membuta je, tak tahu nak buat apa. Masing-masin dah melancarkan perang dingin ala soviet union. Dengan secara tak sengaja aku pun turut sama. Kadang rasa tak adil pulak aku tapi apa nak buat kan.

Hari ni ada orang marah kat aku sebab tak reply mesej dia malam tadi. Errmmm

Bila ym pagi-pagi, tanya sikit, dia punya jawab punyalah..ehehehe. Tapi takpelah, aku tulis ni pun bukan sebab aku bengang ke apa. Biarlah dia nak marah ke apa.




Aku : sihat ker?

Dia : x..tgh sakit ati

Aku : psl sy ker?

Aku : kalu psl sy, minta maaf banyak2

Dia : ntah...xtw pasl spe

Aku : oo..beristigfar byk2

Aku : jgn ikutkan perasaan marah

Aku : mesti blum makan kan?

Dia : suketilh da mkn ke lom

Aku : ok..awk pun dh lain je ni...xpelah..maaf ganggu

Aku : mcm mrh2 je..xpelah..sy xnk ganggu ok..bye!!!

Dia : mne sye xmarh..da smlm senyap jer...



heheeh...

Wednesday, June 17, 2009

Penemuan Baru

LIRIK:- KELAKARNYA CHIENTA
TRASHBIN JUMP


Verse1:
Pernah dulu ku katakan ku hanya cinta pada kau seorang
Oh gadis, kawan yang sama sebaya
oh masihkah kau ingat di waktu itu kita sama
bermadu asmara
di bawah bulan sinaran bahagia
Chorus1:
dan bila kau jauh
aku hilang rasa sayang
engkau pergi tinggalkan aku sendiri
bila ku menghampiri
masih terdengar terbaik kata ku teringat
hanya padamu
padamu seorang yang ku cinta

Verse2:
Pernah dulu hanya untuk bagi diriku menghayat
oh teringatkan sinaran hanya kerana, oh! bila? dan kata2?
oh cantik manis dibuai hembus bayu
berilah peluang menyata hasratku
dimanaku cari ganti serupa denganmu
woahh..

Chorus2:
Dan bila kau jauh
jauh dari ku
kau tinggalkan aku
bersendirian
dan bila ku memerlukanmu
engkau hilang entah ke mana
hanya yang ku cintai
oh dirimu
Oh cintaku kepadamu
takkan luput walaupun seribu tahun biarku dimamah waktu
oh bintang indah
kepadamu takkan luput walaupun seribu tahun biarku ditelan waktu
(instrument2x)
Verse3:
oh sayang bila dimana kau berada
walaupun hanya 'tuk seketika
kembalilah dengan wajah yang ceria

Chorus3:
Dan bila kau jauh
jauh dari aku
aku berasa sedih
dan hanya mengajuk memikirkan bila kau bersama si dia
merenung jauh dari masa silamku
ah! biarkan saja
kerna! dunia! oh tidak!
Chorus4:
pernahkah kau menyangkal?
aku yang terbaik untukmu sayang
jangan pernah kau menyangka itu hanya khayalan
oh kasih,
jika ku pergi nanti
akan ku cuba untuk memahami
yang terbaik itu
hanyalah aku
woah..




Semalam ada seorang peminat indie ni suruh aku dengar lagu band Trashbin Jump - Kelakarnya Chienta. Dia kata best lagu ni!!

Tak sia-sia pagi-pagi buta aku bangun search lagu ni, dan aku juga dah jumpa myspace diorg. Apa lagi, add la!!!

Hahaha

http://www.myspace.com/trashbinjump

Selamt Pagi

Jangan tidur wei bodoh!!!

Kang lewat plak nak keluar dengan man!!!!!

HAahahaah

Tuesday, June 16, 2009

Pening!!!

Assalamualaikum...
Good Evening dan Selamat Sejahtera.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana membaca blog aku ini. Sekarang ni aku dalam proses untuk menjayakan projek terbaru aku, buat music video untuk band Julies Goes Overseas. Terima Kasih kepada Ant kerana memberi peluang kepada aku dan amir untuk menjayakan projek ini. Harap ia akan berjaya dengan terlaksana. InsyaAllah.

Banyak dugaan dan cabaran kebelakangan ni berlaku kepada diri aku sehinggakan aku rasa nak putus asa dan tinggalkan kesemuanya. Setiap hari, aku keep on kuatkan diri untuk tempuh hari-hari esok walaupun aku tahu aku sebenarnya tak kuat untuk melaluinya.

Ada sesetengah kawan-kawan aku tahu apa yang berlaku kat aku sebenarnya. Mereka juga memberi semangat kat aku supaya melupakannya. Tapi apa aku boleh buat, makin aku lupakannya, makin aku ingatkannya. Iskhhhh!!!

Setiap hari, aku bangun pagi bila aku tengok handphone. Aku sayu, aku rindu, aku sebak. Aku nak rasa happy macam 3 bulan lepas.

Kat sini aku nak minta maaf kepada seseorang, aku tak boleh nak terima dan teruskan perhubungan ni kerana hati aku milik orang lain. Still belum terlambat sebelum berlakunya kesilapan di masa akan datang. Thanks. ( kalau si jebon tu baca comfirm bahan aku punya )

Status aku sekarang sedang menunggu jawapan untuk praktikal. Kalau tak dapat, comfirm bulan 9 aku akan mula praktikal. Kalau itu terjadi, ada lah masa untuk menyiapkan music video Julies Goes Overseas. Bercakap tentang video ni, sebenarnya Ant dah offer masa masuk semester major projek, pada masa tu memang tak boleh nak cakap apa sebab tak pasti. Alhamdulillah, abes sahaja semester major arituh, dengan automatiknya aku dan amir terima offer dari Ant, wakil Julies Goes Overseas.

Aku pun tak nak cakap mendalam pasal video ni kerana aku rasa tak elok diheboh-hebohkan kerana masih dalam proses pre-production. Cukup sampai sini jelah.

Disebabkan nak buat video ni lah, aku rasa aku bersemangat untuk teruskan perjuangan aku. Kalau tidak kerana ni, minta maaflah aku akan emo je selalu.

Aku harap 'dia' dapat baca blog aku ni sebab aku nak dia tahu hati aku ni hanya milik dia seorang sahaja. Aku tak kisah orang nak kata aku bodoh ke, aku ni bangang ke, atau apa-apa pun, tak ada peluang untuk orang lain, aku nak dia je!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kalau dia dapat baca blog aku ni, bacalah dan hayatilah.

Sunday, June 14, 2009

Selamat Hari Ahad

wuuuuaaaaaarrrrrgggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

Seronoknya dapat bangun waktu tengahari!

Semalam je aku tak melekat kat rumah. Pagi-pagi aku dah keluar ke taman metropolitan pergi sihatkan badan berjogging. Tengaharinya aku dah siap-siap nak ke rumah datuk kat bandar seri putra.

Pergi melawat datin yg kakinya patah. Biasalah jumpa pakcik dan makcik, mestilah ada seronok sikit. Rumah diorang dahlah beso, segan plak aku. Hehe..

Balik je lepas maghrib, sampai je kt rumah aku terus ke surau sebab ada pertandingan bacaan Al-Fatihah dengan azan. Selamber je datang, sume pakai baju melayu, aku sorang je datang pkai biasa. Best majlis malam tu, kita boleh tengok anak-anak kecil azan, baca Al-Fatihah, bukan senang kita nak tengok anak-anak kecil buat semua tu.

Habis je majlis, aku terus lepak borak-borak sampai pukul 4pagi, baru aku balik rumah. haha.. Tu tido sampai melarat tengahari.

Friday, June 12, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah Versi Aku!

Sejarah abah ko!! Hahaha..

Today is the worst day of my life!

Pagi ke kolej settlekan hal praktikal, tak dapat pulak. Ubah ke company lain. Tunggu jelah resultnya nanti..

Tiba-tiba plak dada aku sakit, apsal ek. Pedulik jelah kan.

Pergi tengok wayang, rasa hampa pulak sebab lambat sampai! Hahaha.

Tunggu jelah Transformers nanti, haa, yang tu aku takkan miss..!

eheheh..

Wednesday, June 10, 2009

It's Official

Pre-Production : JGO music video!

Happy Father's Day

Hari Bapa.

Ermmm, tanggal 21 jun ni adalah hari bapa yang disambut oleh semua bapa-bapa di Malaysia dan seluruh dunia. Apa yang menarik mengenai hari bapa ini??

One thing yang menarik tentang hari bapa ni adalah kesemua bapa-bapa menyambut hari yang istimewa. hehe. Apa yang aku merepek ni!

Okay, aku actually kureng sangat menyambut hari-hari camni macam hari bapa, ibu, kanak-kanak dan lain-lain lagi. Bagi aku, tak payah ada hari-hari camtu sebab setiap hari tulah hari istimewa bagi mereka, kita sebagai anak haruslah menghargai jasa dan pengorbanan ibu dan bapa kita.

kan? hehe..

Walaupun aku ni jenis tak menyambut hari-hari camni kan, tapi menjadi satu tamparan yang hebat buat aku kali ni. Orang banyak bercakap tentang hari bapa, iklan kat televisyen, internet dan surat khabar. Sebabnya aku dah tiada insan yang bernama bapa dalam hidup aku, aku rasa satu cabaran buat aku kerana ia melibatkan hati dan perasaan aku. Ceh!

Honestly, its been 10 month sejak arwah bapa aku pergi, aku masih lagi terasa kehilangan dia. Aku rasa dia masih ada lagi kat sini. Bila aku cakap camni, mesti ada mulut-mulut yang berkata, toksahlah nak ingat-ingat lagi orang yang sudah pergi, just move on.

Tak salah nak ingat-ingat kenangan dengan bapa kan? betul tak? Bapa tu! bukanlah orang lain.

Tak ramai sebenarnya dapat memahami perasaan orang yang kehilangan. Hanya yang mengalami sahaja dapat memahami perasaaan. Tak sama dengan orang yang putus cinta, kalau putus cinta mesti ada penggantinya. Kalau bapa tu ade ke penggantinya? takde kan? Tepuk dada, tanya lah selera!

Dulu, bila tibanya hari raya, aku suka tengok drama-drama melayu arahan Rashid Sibir. Cerita arhan dia memang menyentuh perasaan. Aku ingat lagi cerita 'Pondok Buruk', bila aku tengok memang aku sebak dan sedih tapi takdelah sampai menangis. Berbeza kalau aku tengok sekarang, raya lepas aku tengok semula cerita tersebut, iskhhhh, memang aku terasa sangat-sangat sampai aku tak dapat tahan menangis menitis air mata. Seriously!!

Baru sekarang ni aku sedar, tanpa ibu dan bapa, hidup aku sunyi dan sepi. Lagi pula sekarang ni, salah seorang dah tiada, aku rasa bagaikan lumpuh sebelah anggota badan. Kekadang tu, aku sunyi, aku rasa macam tak cukup orang. Yela kan, terasa mendalam sangat.

Contohnya, aku selalu menonton match bola kat rumah je sebab nak rasa selesa kan. Dulu aku selalu tengok berdua, sekarang tengok sorang je. Yang lagi dua orang tak minat bola so aku sorang jelah. Waktu tu aku paling terasa, bayangkan arwah bapa aku dulu tengok bola dengan aku. Aku tengok tv first class, kat depan lah kan, ruang tamu rumah aku panjang so arwah baring belakang sekali, tengok sama-sama. Sambil tengok bola, sambil tu aku bercakap dengan dia sambil pandang belakang tengok dia. Now, dah takde dah, dan kekadang aku lupa, aku tetap nak pandang belakang jugak.

Honestly memang banyak kenangan, lagi-lagi plak aku sorang lelaki tunggal dalam family. Tahu jelah kan rapat tu camner. Aku ni bukannya jenis yang selalu keluar hang out dengan kawan-kawan, kadang-kadang je. Banyak spend time kat rumah je. At one time, aku menangis sorang-sorang dalam bilik bila terkenangkan kenangan-kenangan dengan arwah. Bila dia dah tiada baru aku rasa sunyi tu, aduh, tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.

Tapi aku bersyukur kerana aku masih ada mak dan kakak. Kehadiran kawan-kawan juga dapat memberikan aku kegembiraan serta semangat untuk terus dan terus ke depan. Dapat juga aku rasa kegembiraan walaupun dalam hati ni tiada siapa yang tahu kesedihan aku. Aku still tiada teman yang istimewa lagi yang boleh menjadi kawan rapat aku masa aku memerlukan, nak kata takde tu tipulah sebenarnya ada tapi tulah kata orang belum masanya. Kalau ada pun, Tuhan belum izinkan untuk bersama lagi. Bak kata Fida, "masa masih panjang lagi, masih banyak pilihan lagi", eleh, kata gitu kat aku tengok-tengok dia dah nak kahwin dah tahun ni. Hahaha.. Jangan marah aku wey! Hahaha..

Aku tak dapat nak bayangkan 3 bulan lepas, aku memang rasa seronok, gembira, rasa disayangi, dihormati, dijaga. Tapi benda tu aku rasa sekejap sahaja, tak lama pun. Waktu tu aku dah rasa inilah kebahagiaan yang aku inginkan setelah hidup selama 21 tahun ni tapi end up hopeless. Damn! Honestly, aku rindu waktu 3 bulan yang lepas, kenangan-kenangan yang aku dapat, alami serta harungi. Ceh wah! Tapi tak mengapalah, aku redha. Aku rasa aku terima je apa yang Tuhan duga kat aku, mungkin dia nak test aku dan juga mungkin ini balasan dari DIA kerana selama aku hidup penuh dengan dosa-dosa. Ehehe.. "What Goes Around, Comes Around"

Aku rindu sangat kenangan 3 bulan lepas, aku nak dia tahu tapi kalau dia tahu pun, dia tak boleh buat apa-apa. Aku pun hanya boleh dapat luahkan kat sini je. Tuhan je tahu betapa peritnya aku bila berjauhan dari dia. Tapi takpelah, macam aku kata tadi, aku redha. ehehe..

eh, dah lari tajuk pulak! hahaha..

Semestinya hari bapa akan disambut oleh manusia-manusia sedunia, hargailah jasa dan pengorbanan bukan setakat bapa malah ibu juga. Merekalah yang menjaga kita, berkorban demi kita, sanggup mencari duit untuk beri kita makan minum, belikan mainan yang kita nak, bagi kita duit pergi sekolah, hantar kita pergi sekolah, jaga semasa kita sakit dan banyak lagi lah. Kita sebagai anak, janganlah mengendahkan mereka, lebihkanlah masa untuk mereka, sayangilah mereka. Pentingkan mereka dalam hidup kita kerana ibu dan bapa tiada penggantinya. Kawan-kawan boleh dicari, kekasih boleh dicari, isteri juga boleh dicari, kalu ibu bapa boleh ke dicari? diganti?

Ask yourself......................................


Sunday, June 7, 2009

Refreshing, Reloading, Format!

Assalamualaikum....

Well, aku dah sampai rumah selepas menjauhkan diri dari kehidupan moden kat KL. Tiada handphone, tiada internet, tiada perhubungan dunia luar dan segala-galanya mengenai dunia KL.

Hari sabtu tepat pukul 9.30 aku bergerak dari rumah menuju ke expressway untuk mulakan perjalanan. Pada awalnya tepat pukul 7 pagi nak gerak tapi biasalah, tak betul kadang-kadang.

Ingat nak singgah ke seremban, tapi perjalanan sesak. Katanya ada kemalangan menyebabkan jalan jadi sesak. Lepas simpang masuk bukit mahkota dah start sesak sampai ke seremban. Perrgghhh, mencabar ketahanan mental, 2jam harung kesesakan. Terbantut perjalanan nak ke seremban, tidak mengapalah, teruskan perjalanan ke melaka pula.

Setibanya nak ke melaka, nak melawat. Lagi satu kesesakan berlaku, kali ni giliran simpang nk ke melaka pula sesak. Aduh, gawat gila ni, ingat nak singgah tapi takpelah. Ambil keputusan berat, teruskan perjalanan ke Johor pula, end up balik jelah ke kampung halaman. Hehe..

Hati jadi sayu, terharu dan sedih kerana inilah first time aku ke kampung selepas bapa aku meninggal dunia. Rasa nak sedih gila bila aku datang, semua ada. Mereka pun terkejut bila aku tiba, masing-masing berpelukan sambil menitiskan air mata. Argghhhhhh! :(

Emosi dah tamat. Kebetulan ada majlis kenduri time aku datang, apa lagi. Serbulah.. Dahlah lapar perut ni harung jalan sesak, singgah kat restoran jejantas pun hampeh. Ramai sangat orang. Lepas je selesai makan, apa lagi. Baliklah ke rumah induk berehat sekejap.

Dah sedap rehat apa semua. Mestila bosan kan, so keluarlah. Aku datang Johor pun nak cari tempat makan sebenarnya. Nak pergi makan mee bandung. Masa ondaway ke Johor, sebelum melalui Jambatan Sultan Ismail, ada tempat makan "mee bandung muar". Pergilah ke situ makan. Aku makan mee bandung, rojak buah, air jus oren.

Perggghhhh, sedap gila siot. Makanan kat situ sedap-sedap belaka, harga pun maseh berpatutan berbanding harga di KL. Taklah cekik darah sangat. Sesiapa yang singgah ke Johor bolehlah singgah ke situ. Apa yang aku tahu, tempat tu kat sebelah jalan je so sesiapa nak ke sana, alert la sebelah kiri anda kalu nak jumpa tempat tu.

So, tujuan aku berjalan jauh ni untuk tenangkan jiwa raga aku, nak memulihkan semangat aku setelah melalui perkara yang agak pahit serta menyakitkan. Aku ingin mendapatkan semula semangat aku untuk aku memulakan hidup baru bila aku ke KL semula.

Aku nak cari apa yang hilang dalam diri aku. Thats why aku balik kampung. Aku rasa tempat tulah aku boleh cari apa yang hilang dalam diri aku.

Walaupun pemergian aku singkat tapi apa yang aku jumpa memang banyak. Bila aku bergaul dengan sedara mara, sepupu dan makcik pakcik. Aku rasa aman, nyaman serta tenang. Aku dah lama agaknya tak merasa suasana macam ni kot.

Alhamdulillah, pemergian aku ni memang berbaloi, mana taknya, aku kat sana kan kiranya pertalian darah memang kuat, generasi kedua kot, cucu kepada Hj.Ridzoan. So, memang semuanya memang menanti-nanti kedatangan aku. Hehe..

Aku mula sedar, keakraban, kekeluargaan serta bekerjasama antara satu sama lain adalah tunggak kehidupan. Kat sana, aku memang rasa semua tu. Bukanlah maksudnya aku ada masalah keluarga dengan mak aku. Apa aku maksudkan adalah tunggak kehidupan yang aku rasa tu memang ada kat kampung aku. Kiranya sedara mara aku kt sana memang menepati ciri-ciri camtu.

Tak kisahlah.

Tapi Alhamdulillah, aku rasa tenang dah sekarang. Ada lah perubahan sedikit kerohanian aku, menjadi lebih baik. Aku rasa tak nak ingat apa-apa tentang peristiwa lalu malah aku tak nak ada kaitan pun.

So far, aku tak naklah fikir pasal apa-apa lagi takut akan jadi semula peristiwa lalu. Just ikut arus je.

InsyaAllah, lepas ini akan ada benda nak dibuatnya. Tak boleh nak beritahu lagi takut last minit tak jadi kan. Hope i will get what i want for the future.

-fin-

Thursday, June 4, 2009

Selamat Tinggal

wow..

aku dah tak sabar menunggu this weekend..
this is my weekend gateaway or weekend "get away".

Tuesday, June 2, 2009

simple tag!

Nama dalam sijil kelahiran: Muhammad Shukri Bin Sanosi
Nama panggilan di rumah: manap
Tarikh lahir: 26 Ogos
Tempat lahir: Hospital Besar Kuala Lumpur
Zodiak: Virgo

Apakah yang akan anda ucapkan sekiranya diberi peluang berucap pada perhimpunan sekolah lama anda?
Jangan suka merokok dalam kawasan sekolah. Dekat luar takpe sebab cikgu disiplin tak ada kuasa nak tangkap. Hahaha.

Kekecewaan masa lampau yang telah anda atasi ialah...
Bercakap dengan perempuan. Hehe..

Perkara paling nakal yang pernah anda lakukan di sekolah dulu...
Terpegang buah dada cikgu. Lawa pulak tue! Hahaha.. Secara tidak sengaja.

Buku cerita/novel apakah yang MESTI remaja baca sebelum meningkat dewasa?
Aku suka baca Ujang sebab boleh gelak puas-puas!

Siapakah superhero yang menjadi idola anda sewaktu zaman kanak-kanak dulu?
Batman

Sekiranya anda tidak menjadi apa yang anda jadi sekarang ini, apakah benda lain yang mungkin anda lakukan?
Mungkin menyertai badan-badan kebajikan. Aku suka membuat kerja amal. Rasa hati sangat tenang dan relax. Hope one day, aku akan terlibat dengan kerja-kerja amal. Hehe..

manap kemalangan!

Huuuaaaaarrrggghhhhhhhhhhh!!!

Dengan rasminya 2 minggu yang akan datang adalah minggu duduk rumah. Hahaha..
Sambil menunggu result untuk on praktikal, apa lagi duduk rumah jelah membesarkan perut.

Sedang juga menjalani proses penyembuhan jiwa supaya bersemangat untuk menempuhi hari-hari akan datang.

Bak kata syuan, "Im not sober anymore". Hauahauahuahauhau..

Aku menunggu rezeki datang. Hahaha.

Mari-mari..!