Monday, June 29, 2009

Autopsi!

Sepanjang aku senyapkan diri ni, banyak panggilan dan mesej aku tak jawab dan reply. Aku perlu ketenangan dan macam-macam perkara aku buat waktu tu. Aku spend time dengan family aku, rakan-rakan terdekat, dan juga orang-orang kampung.

Tak tahulah kenapa aku nak buat semua tu kan, aku rasa macam aku ni selalu sangat tak spend time, keluar bersama keluarga. Bestnya, aku rasa macam aku berada di syurga.

Susah nak explain mengapa aku buat camtu. Kepada yang berkenaan, aku minta maaf banyak-banyak kerana aku tak reply mesej, ada yang sambut hari lahir, aku tak wish apa semua. Aku tak datang kolej, tak layan internet dengan sempurna dan lain-lain lagi.

Aku banyak habiskan masa aku dengan orang-orang kat taman perumahan aku, mungkin aku juga nak mencari idea baru atau cari kehidupan yang baru. Aku bergaul dengan orang veteran-veteran kat area rumah aku ni. Banyak juga nasihat tentang kehidupan, dan bagaimana untuk survive dan macam-macam lagi.

Alhamdulillah, rajin juga aku melangkah kaki ke surau kan, dah berapa lama aku tak jejak kaki kat sana. Aku rasa tenang, sempoi dan juga aku dapat rasakan sesuatu.

Aku nak minta maaf, aku banyak jauhkan diri dari kawan-kawan, aku lebihkan banyak masa ke orang lain. Orang lain pun sape je kalu bukan family aku, sumber terdekat aku.

Syukur, aku rasa aku dah dapat tahu apa yang aku nak dalam kehidupan aku. Sebelum ni, aku banyak ikutkan perasaan, aku syok sendiri, aku mengharap dan macam-macam lagi. Dan aku juga rasa bertuah kerana, aku masih lagi berdiri walaupun aku hampir-hampir putus asa dalam hidup aku.

Before this, aku rasa macam teraniaya or rasa rendah diri kerana apa yang aku ada dalam hidup aku ni. Aku ni tak berpelajaran dan aku juga tidaklah sepandai mana pun. Maksudnya, aku tidaklah belajar sampai ke IPTA yang hebat-hebat tu. Sumpah, aku memang rasa diri aku ni bodoh. Hahaha.

Tapi lepas seorang hamba Allah ni beritahu dan nasihat, aku rasa dari percakapan dia tu, aku rasa kita semua ni serupa je.

Macam-macam knowledge aku dapat, nak share kat sini susah. Ada kesempatan, aku membebel lagi kat blog ni. By the way, thanks to Rewan Ishak kerana dia telah bagi aku kata-kata semangat untuk terus maju ke hadapan. Cehwah!!

No comments: