Aissshhhh!
Apo nak jadi kat eden ni! Aduh, kekadang hidup ni tak adil kan. Apa yang kita nak, kita impikan semuanya belum tentu boleh kita dapat, capai. Dalam proses penyembuhan aku ni, tak tahu dengan sapa patut aku kongsikan penderitaan aku, kesedihan aku. Saat-saat camni, barulah nak minta pertolongan dari Yang Maha Esa kan. Baru nak teringat. Itulah manusia, bila senang, tak ingat nak bersyukur, bila dah jatuh sakit, hilang semangat, baru nak cari DIA. Aduh!!
Bila aku fikir-fikir balik, memang betul lah apa orang sekeliling aku berkata pada aku. Aku tak matang dalam sesuatu perhubungan, aku macam budak-budak, aku selekeh bak kata syeda. Aku tak hensem, aku gemuk. Dalam hidup aku ni tak ada apa yang patut dibanggakan kan? Iskhh. Satu tamparan hebat bagi aku semua ni, aku rasa macam kecik je. Maybe sebab aku ni sukar nak terima kenyataan kot. Sebab itu aku ni tidak matang bak kata seseorang tu. Aku ni panas baran, bodoh, bebal, sengal, sape nak lekat lama-lama. Yang lebih kurang camtu je boleh lekat lama-lama.
Sejak kebelakangan ni, banyak terjadi benda-benda yang menyedihkan aku dan buat aku lagi sedih bila sambil-sambil tu, aku teringat kat bapak aku. Yela, kalu ada dia, aku rasa tenang sikit sebab bapa aku tu seorang yang sentiasa memberi semangat dan inspirasi. Bila dia dah tiada ni, aku rasa macam kosong je. Tiada sapa pun akan dapat faham kalu orang tu betul-betul merasai macam Ant, Zura, Fida. Aku kadang tengok macam mana diorang boleh tempuh kan saat-saat kehilangan ni. Kadang tu aku rasa macam hidup aku dah tak bermakna lagi, bunyi macam orang yang tak ingat agama kan. Hehe. Tapi ada gak ramai yang nasihat, beri semangat. Thanks.
Permulaan hidup baru amat payah bila tak cukup seorang. Bila tak cukup, rasa ada yang tak kena. Aku admit, aku kadang memang kadang-kadang abaikan arwah bapak aku, nak pergi mana-mana ke, aku sure tak ikut sebab MALAS. Orang kata aku ni anak manja kan, bongsu. Tapi sume tak tahu yang aku ni dilayan sama rata.
Nak kata bercinta? Banyak kali gagal. Ada yang suka, aku plak tak suka. Ada yang aku suka, dia pulak tak suka, ada yang sama-sama suka last sekali tipu aku hidup-hidup, dan ada juga yang aku suka tapi aku je yang suka, syok sendiri. Susah sangat ke aku ni ye, teruk sangat ke. Honestly, aku tak pernah putus asa nak mencari teman istimewa kerana aku nak berkongsi kasih sayang dengan dia. Dulu aku rasa dah jumpa apa aku nak, dah dapat apa yang aku nak, macam-macam aku harapkan kat dia, tapi end up lain jadinya. Kawan-kawan dah happy untuk aku tengok, wah, aku sudah mempunyai seseorang sebab aku tahu kawan-kawan aku ni mengikuti perkembangan aku. Tapi bila jadi camni, akulah yang rasa malu, diperbodohkan. Aku ni golongan yang terpinggir ke senang-senang nak mainkan perasaan aku. Orang gemuk pun ada perasaan juga, nak juga rasa dicintai.
Aku pun dulu sudah mula untuk melangkah ke level yang seterusnya, aku ingat nak mempertemukan dengan family aku, yela kan. Masa tu, aku fikir, Tuhan mempertemukan aku dan dia, mungkin ada hikmahnya. Tapi Tuhan juga Maha Adil, DIA juga tunjukkan aku kebenaran. Macam mana aku tahu kebenaran? Instinct akulah. Aku dah mula perasan mula-mula perhubungan tapi aku sabar je, masa tu aku fikir kalau betul apa yang aku rasa ni, aku harap Tuhan akan tunjuk dan beri petunjuk. Dan akhirnya, DIA tunjuk aku so aku tahu. Macam mana aku verify kan kebenaran tu? Biarlah aku sendiri je tahu sebab kalau dia tahu, aku rasa akan berlakunya perang. Biarlah aku seorang je tahu.
Kata orang, nasi dah jadi bubur, hubungan aku dengan dia sampai setakat ni sahaja. Berkawan atau tak, itu semua terpulang pada dia. Kalau dia tak nak berkawan, aku tak kesah dan tak rugi apa-apa pun. Tapi apa yang dia buat kat aku sebelum ni, tujuh keturunan pun aku takkan lupa. Perkara yang paling manis berlaku dalam hidup aku adalah bertemu dengan dia dan yang paling pahit dalam hidup aku adalah apabila dia tipu aku hidup-hidup. Minta maaf lah sebanyak mana pun, sejuta kali maaf pun, benda tu takkan pusing balik. Walaupun selepas itu, aku dah buat sesuatu perkara yang menyakitkan hati dia tapi adakah dia tahu betapa sakitnya hati aku dengan apa yang dia buat sebelum ni. Aku pun malas lah nak kutuk-kutuk dia dalam blog aku.
Aku tahu dia marah sebab tulis hal dia. Katanya, biarlah hal aku dengan dia! aku, dia dan Tuhan je tahu. Dahlah, aku malas nak cakap-cakap pasal dia lagi, buat aku sakit hati je. Bila aku sakit hati, aku teringat, bila aku teringat, aku mula rindu. Aku tak nak lah semua tu jadi. Aku tak nak jadi jantan terdesak. Dan jantan bebal. Aku ada maruah.
Aku ni jenis yang tak simpan dendam. Benda tu tak elok, nanti hidup tak aman. So, aku lupakan jelah. Aku lupakan tak bermakna setiap apa yang dia dah buat aku lupa. Apa-apapun terima kasih kerana dapat kenal dengan anda dan kawan anda Ain. Honestly, lepas apa yang jadi ni, aku memang tak boleh dengar nama Uitm, Seremban, Nasi Ayam, Shah Alam dan minyak wangi BODY SHOP. Tapi aku berdoa kat Tuhan, aku tak nak ada dendam kat jiwa aku. Kita hidup ni pun tak lama, bila-bila je Tuhan boleh tarik nyawa kita.
Aku pasrah jelah apa terjadi ni, mungkin ni takdir aku kan jadi camni. Next time, kepada perempuan-perempuan, mainkanlah perasaan aku ye. Nasib baik aku ni bukan ada darah pembunuh ke perogol ke, kalau tak, kenalah diorang. Hahaha.
Sabar jelah. Makcik yang sapu sampah kat kolej aku tu lagi baik. Macam mak aku, hari-hari aku sakat dia. Hehe.
Thats all I want to say tonight.
Thursday, June 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment