Masih lagi saya yang menulis di ruangan ini.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah S.W.T kerana telah beri saya petunjuk kepada kesilapan seseorang yang telah mempergunakan saya atau kata kasarnya 'kencing' hidup-hidup kat saya. Saya amat rasa berbangga kerana telah di 'kencing'. ( Kembang sikit hidung aku )
Kata orang, biar kecewa, marah, dan maki hamun sekarang dari mengalami semua ni di masa hadapan. Syukurlah!!
Hidup ni macam roda je. Sekejap naik, sekejap turun. Kali ni aku berada di bawah, mana tahu esok or lusa, aku pulak berada di atas.
Berkat doa dan usaha, dapat dah tempat praktikal. YEAH!!! Bolehlah aku nak mulakan KERJAYA aku lepas ni.
Plan aku hari ni sepatutnya keluar dengan si syeda tuh je. Tetiba plak si asnol call suruh datang pasal praktikal ni lah. Angin aku! Kacau lah!
Aku try mesej si shahrin sebab asnol kata dia dengan aku dapat tempat yang sama. Si pemalas tu plak kata malas nak bawa motor so aku angkut jelah dia. Hehe. Rupa-rupanya, dua-dua ni memang kenal, classmates zaman sekolah. Hahaha. Aku pun macam orang iban je dengar diorang borak-borak, macam program jejak kasih pulak! Hahaha. Yang syeda tanya dia itu, shahrin jawab ini, aku pulak? Redha je dengar. Hahaha.
Pelik jugak aku hari ni. Dengar macam-macam berita pasal virus H1N1. Power sangat ke benda ni. Hebat sangat ke sampai boleh bawa maut. Iskh! Dunia nak kiamat dah, Tuhan dah murka lah tu agaknya. Maksiat merata-rata.
Pernah sekali aku ingat, aku pernah tengok pasangan kekasih berciuman dalam kereta. Eh, dalam kereta, aku macam pernah buat je, dengan sape ek? hehehe. Back to the story, susah jugak nak tengok free show ni. Orang kat sini selalu kata 'kereta rosak'. Yang bestnya, semuanya orang kita, orang MELAYU. Wahh, sensitif ni, sampai sini jelah aku cakap. Sebab aku pun pernah buat gak dulu kat area-area jauh daripada rumah aku. Dulu aku buat pun jauh sikit, kat shah alam seksyen 2 dengan 12. Hahaha. Ya, Allah, ampunkan dosa aku!!!!
Malas aku nak cerita, karang ada pihak terasa. Kalau ada permintaan banyak, aku cerita! hehe.
Aku fikir aku buat akaun myspace balik, jadi oklah. Aduh, benda yang sama jadi. Ntah apa-apa, rasa macam nak delete je myspace aku tu. Friendster pun aku manalah reti guna apatah lagi Facebook.
Sangap pulak aku tengok cerita hantu sekarang ni. Sebab perangai aku pun dah naik hantu sekarang ni. Tak caya? tanyalah dia. Hahaha.
Dahlah, malas aku nak merepek lagi. Aku kena MATANG, sekarang ni nak bina KERJAYA. Dahlah hari tu, aku dihina kata aku macam-macam. Sakit wok rasa dihina. Hang pa tak rasa, eden yang meraso.
Minggu ni aku last online. Jumaat ada benda nak buat. Harap berjayalah. InsyaAllah.
" Ya Allah, Lindungilah hamba-MU ini dari segala godaan jin dan syaitan serta jauhkan lah daripada orang-orang yang berhati busuk dan ada niat tak baik pada aku. "
Amin....
( Lirik di bawah ni bagi aku amat bermakna kerana ia memberi satu semangat supaya jangan putus asa dalam hidup dan sentiasa tahu walaupun kecewa, pasti ada perkara baik datang berlaku. So, sesiapa yang rasa nak putus asa tu, ekau hayatilah lirik ni baik-baik. Tak kisahlah kecewa bercinta ke or ditipu ke. Aku bukanlah minat sangat kumpulan Mendua ni, tapi lirik ni buat aku rasa 'sesuatu' dan macam ianya 'berisi' sesuatu. )
Mendua - Hampir Ke Situ
Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkan ku miliki
Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmat
Yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya mencuba
Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Karena ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ
Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan daya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu
Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Amanlah akhirnya tetap bersama.
Tuesday, June 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
uhmm..hahhaa:DD
hahhaa :D
ye ye da praktikal..nnty leh blnja aku!!:DD
Post a Comment