Tuesday, June 30, 2009

Birthday Nak Dekat!

Aku rasa macam perasan pulak tulis entri ni. Lama lagi lah birthday aku bulan Ogos. Saje je, kata orang tulis awal-awal. Hehe.

Okay, soalannya, apa aku nak untuk hari lahir aku? Cehwah!

Jujurlah, aku ni bukanlah jenis yang suka buat parti ke kenduri time birthday ni. Aku lagi rasa bersyukur kerana dapat hidup dan terus berjuang. Orang ingat ke atau tak ingat ke, aku taklah kisah sangat tapi kalu ingat hari lahir aku, aku rasa terharu sangat-sangat.

Aku ingat, last time aku sambut yang paling meriah ketika usia aku masa tu 7 atau 8 tahun la. Mak aku buat cekodok udang dengan kek. Masa tu memang kenangan terindah beb! Hadiah pulak, aku taklah dapat yang berharga or apa, biasalah kalau sambut time kanak-kanak dulu dapat duit, dah tua sekarang ni tak dapat apa-apa pun. Hehe.

Kalau umur aku panjang sampai 26 ogos nanti, genap dua tahun aku sambut hari lahir tanpa arwah ayah aku. Selalunya kalau dalam family aku sape sambut hari lahir, kami akan spend time bersama-sama. Makan kat luar ke or apa-apa ke. Apa yang penting, keluarga yang menjadi keutamaan, kawan-kawan or gf tu semua no. 2.

Tapi tahun ni, aku rasa aku tak nak apa-apa hadiah pun cuma aku nak minta supaya umur dipanjangkan serta sihat tubuh badan supaya aku boleh berjuang untuk terus hidup dan terus untuk mendaki sampai ke puncak. InsyaAllah.

Tu je nak tulis. Sebab bahang hari lahir aku dah mula terasa. Hehe. Poyolah aku!!

1 comment:

ChemSter said...

haha
lame g da trase gila.
haha
jgn lupa posa naaa
haha
besday mse posa.
haha

err.
ape ak mepek nehh
heeee :D