Assalamualaikum....
Well, aku dah sampai rumah selepas menjauhkan diri dari kehidupan moden kat KL. Tiada handphone, tiada internet, tiada perhubungan dunia luar dan segala-galanya mengenai dunia KL.
Hari sabtu tepat pukul 9.30 aku bergerak dari rumah menuju ke expressway untuk mulakan perjalanan. Pada awalnya tepat pukul 7 pagi nak gerak tapi biasalah, tak betul kadang-kadang.
Ingat nak singgah ke seremban, tapi perjalanan sesak. Katanya ada kemalangan menyebabkan jalan jadi sesak. Lepas simpang masuk bukit mahkota dah start sesak sampai ke seremban. Perrgghhh, mencabar ketahanan mental, 2jam harung kesesakan. Terbantut perjalanan nak ke seremban, tidak mengapalah, teruskan perjalanan ke melaka pula.
Setibanya nak ke melaka, nak melawat. Lagi satu kesesakan berlaku, kali ni giliran simpang nk ke melaka pula sesak. Aduh, gawat gila ni, ingat nak singgah tapi takpelah. Ambil keputusan berat, teruskan perjalanan ke Johor pula, end up balik jelah ke kampung halaman. Hehe..
Hati jadi sayu, terharu dan sedih kerana inilah first time aku ke kampung selepas bapa aku meninggal dunia. Rasa nak sedih gila bila aku datang, semua ada. Mereka pun terkejut bila aku tiba, masing-masing berpelukan sambil menitiskan air mata. Argghhhhhh! :(
Emosi dah tamat. Kebetulan ada majlis kenduri time aku datang, apa lagi. Serbulah.. Dahlah lapar perut ni harung jalan sesak, singgah kat restoran jejantas pun hampeh. Ramai sangat orang. Lepas je selesai makan, apa lagi. Baliklah ke rumah induk berehat sekejap.
Dah sedap rehat apa semua. Mestila bosan kan, so keluarlah. Aku datang Johor pun nak cari tempat makan sebenarnya. Nak pergi makan mee bandung. Masa ondaway ke Johor, sebelum melalui Jambatan Sultan Ismail, ada tempat makan "mee bandung muar". Pergilah ke situ makan. Aku makan mee bandung, rojak buah, air jus oren.
Perggghhhh, sedap gila siot. Makanan kat situ sedap-sedap belaka, harga pun maseh berpatutan berbanding harga di KL. Taklah cekik darah sangat. Sesiapa yang singgah ke Johor bolehlah singgah ke situ. Apa yang aku tahu, tempat tu kat sebelah jalan je so sesiapa nak ke sana, alert la sebelah kiri anda kalu nak jumpa tempat tu.
So, tujuan aku berjalan jauh ni untuk tenangkan jiwa raga aku, nak memulihkan semangat aku setelah melalui perkara yang agak pahit serta menyakitkan. Aku ingin mendapatkan semula semangat aku untuk aku memulakan hidup baru bila aku ke KL semula.
Aku nak cari apa yang hilang dalam diri aku. Thats why aku balik kampung. Aku rasa tempat tulah aku boleh cari apa yang hilang dalam diri aku.
Walaupun pemergian aku singkat tapi apa yang aku jumpa memang banyak. Bila aku bergaul dengan sedara mara, sepupu dan makcik pakcik. Aku rasa aman, nyaman serta tenang. Aku dah lama agaknya tak merasa suasana macam ni kot.
Alhamdulillah, pemergian aku ni memang berbaloi, mana taknya, aku kat sana kan kiranya pertalian darah memang kuat, generasi kedua kot, cucu kepada Hj.Ridzoan. So, memang semuanya memang menanti-nanti kedatangan aku. Hehe..
Aku mula sedar, keakraban, kekeluargaan serta bekerjasama antara satu sama lain adalah tunggak kehidupan. Kat sana, aku memang rasa semua tu. Bukanlah maksudnya aku ada masalah keluarga dengan mak aku. Apa aku maksudkan adalah tunggak kehidupan yang aku rasa tu memang ada kat kampung aku. Kiranya sedara mara aku kt sana memang menepati ciri-ciri camtu.
Tak kisahlah.
Tapi Alhamdulillah, aku rasa tenang dah sekarang. Ada lah perubahan sedikit kerohanian aku, menjadi lebih baik. Aku rasa tak nak ingat apa-apa tentang peristiwa lalu malah aku tak nak ada kaitan pun.
So far, aku tak naklah fikir pasal apa-apa lagi takut akan jadi semula peristiwa lalu. Just ikut arus je.
InsyaAllah, lepas ini akan ada benda nak dibuatnya. Tak boleh nak beritahu lagi takut last minit tak jadi kan. Hope i will get what i want for the future.
-fin-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment