Hari Bapa.
Ermmm, tanggal 21 jun ni adalah hari bapa yang disambut oleh semua bapa-bapa di Malaysia dan seluruh dunia. Apa yang menarik mengenai hari bapa ini??
One thing yang menarik tentang hari bapa ni adalah kesemua bapa-bapa menyambut hari yang istimewa. hehe. Apa yang aku merepek ni!
Okay, aku actually kureng sangat menyambut hari-hari camni macam hari bapa, ibu, kanak-kanak dan lain-lain lagi. Bagi aku, tak payah ada hari-hari camtu sebab setiap hari tulah hari istimewa bagi mereka, kita sebagai anak haruslah menghargai jasa dan pengorbanan ibu dan bapa kita.
kan? hehe..
Walaupun aku ni jenis tak menyambut hari-hari camni kan, tapi menjadi satu tamparan yang hebat buat aku kali ni. Orang banyak bercakap tentang hari bapa, iklan kat televisyen, internet dan surat khabar. Sebabnya aku dah tiada insan yang bernama bapa dalam hidup aku, aku rasa satu cabaran buat aku kerana ia melibatkan hati dan perasaan aku. Ceh!
Honestly, its been 10 month sejak arwah bapa aku pergi, aku masih lagi terasa kehilangan dia. Aku rasa dia masih ada lagi kat sini. Bila aku cakap camni, mesti ada mulut-mulut yang berkata, toksahlah nak ingat-ingat lagi orang yang sudah pergi, just move on.
Tak salah nak ingat-ingat kenangan dengan bapa kan? betul tak? Bapa tu! bukanlah orang lain.
Tak ramai sebenarnya dapat memahami perasaan orang yang kehilangan. Hanya yang mengalami sahaja dapat memahami perasaaan. Tak sama dengan orang yang putus cinta, kalau putus cinta mesti ada penggantinya. Kalau bapa tu ade ke penggantinya? takde kan? Tepuk dada, tanya lah selera!
Dulu, bila tibanya hari raya, aku suka tengok drama-drama melayu arahan Rashid Sibir. Cerita arhan dia memang menyentuh perasaan. Aku ingat lagi cerita 'Pondok Buruk', bila aku tengok memang aku sebak dan sedih tapi takdelah sampai menangis. Berbeza kalau aku tengok sekarang, raya lepas aku tengok semula cerita tersebut, iskhhhh, memang aku terasa sangat-sangat sampai aku tak dapat tahan menangis menitis air mata. Seriously!!
Baru sekarang ni aku sedar, tanpa ibu dan bapa, hidup aku sunyi dan sepi. Lagi pula sekarang ni, salah seorang dah tiada, aku rasa bagaikan lumpuh sebelah anggota badan. Kekadang tu, aku sunyi, aku rasa macam tak cukup orang. Yela kan, terasa mendalam sangat.
Contohnya, aku selalu menonton match bola kat rumah je sebab nak rasa selesa kan. Dulu aku selalu tengok berdua, sekarang tengok sorang je. Yang lagi dua orang tak minat bola so aku sorang jelah. Waktu tu aku paling terasa, bayangkan arwah bapa aku dulu tengok bola dengan aku. Aku tengok tv first class, kat depan lah kan, ruang tamu rumah aku panjang so arwah baring belakang sekali, tengok sama-sama. Sambil tengok bola, sambil tu aku bercakap dengan dia sambil pandang belakang tengok dia. Now, dah takde dah, dan kekadang aku lupa, aku tetap nak pandang belakang jugak.
Honestly memang banyak kenangan, lagi-lagi plak aku sorang lelaki tunggal dalam family. Tahu jelah kan rapat tu camner. Aku ni bukannya jenis yang selalu keluar hang out dengan kawan-kawan, kadang-kadang je. Banyak spend time kat rumah je. At one time, aku menangis sorang-sorang dalam bilik bila terkenangkan kenangan-kenangan dengan arwah. Bila dia dah tiada baru aku rasa sunyi tu, aduh, tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.
Tapi aku bersyukur kerana aku masih ada mak dan kakak. Kehadiran kawan-kawan juga dapat memberikan aku kegembiraan serta semangat untuk terus dan terus ke depan. Dapat juga aku rasa kegembiraan walaupun dalam hati ni tiada siapa yang tahu kesedihan aku. Aku still tiada teman yang istimewa lagi yang boleh menjadi kawan rapat aku masa aku memerlukan, nak kata takde tu tipulah sebenarnya ada tapi tulah kata orang belum masanya. Kalau ada pun, Tuhan belum izinkan untuk bersama lagi. Bak kata Fida, "masa masih panjang lagi, masih banyak pilihan lagi", eleh, kata gitu kat aku tengok-tengok dia dah nak kahwin dah tahun ni. Hahaha.. Jangan marah aku wey! Hahaha..
Aku tak dapat nak bayangkan 3 bulan lepas, aku memang rasa seronok, gembira, rasa disayangi, dihormati, dijaga. Tapi benda tu aku rasa sekejap sahaja, tak lama pun. Waktu tu aku dah rasa inilah kebahagiaan yang aku inginkan setelah hidup selama 21 tahun ni tapi end up hopeless. Damn! Honestly, aku rindu waktu 3 bulan yang lepas, kenangan-kenangan yang aku dapat, alami serta harungi. Ceh wah! Tapi tak mengapalah, aku redha. Aku rasa aku terima je apa yang Tuhan duga kat aku, mungkin dia nak test aku dan juga mungkin ini balasan dari DIA kerana selama aku hidup penuh dengan dosa-dosa. Ehehe.. "What Goes Around, Comes Around"
Aku rindu sangat kenangan 3 bulan lepas, aku nak dia tahu tapi kalau dia tahu pun, dia tak boleh buat apa-apa. Aku pun hanya boleh dapat luahkan kat sini je. Tuhan je tahu betapa peritnya aku bila berjauhan dari dia. Tapi takpelah, macam aku kata tadi, aku redha. ehehe..
eh, dah lari tajuk pulak! hahaha..
Semestinya hari bapa akan disambut oleh manusia-manusia sedunia, hargailah jasa dan pengorbanan bukan setakat bapa malah ibu juga. Merekalah yang menjaga kita, berkorban demi kita, sanggup mencari duit untuk beri kita makan minum, belikan mainan yang kita nak, bagi kita duit pergi sekolah, hantar kita pergi sekolah, jaga semasa kita sakit dan banyak lagi lah. Kita sebagai anak, janganlah mengendahkan mereka, lebihkanlah masa untuk mereka, sayangilah mereka. Pentingkan mereka dalam hidup kita kerana ibu dan bapa tiada penggantinya. Kawan-kawan boleh dicari, kekasih boleh dicari, isteri juga boleh dicari, kalu ibu bapa boleh ke dicari? diganti?
Ask yourself......................................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
happy father~ :)
Post a Comment