Monday, June 22, 2009

Pesanan untuk Cik Nur Shazila

Bismillahirrahmanirahim..

Aku bangun pagi-pagi buta ni kerana satu sebab, malam tadi aku bermimpi sangatlah indah. Yang paling indah semenjak aku mimpi basah dulu-dulu. Hehehe.

Aku beryukur kepada Allah s.w.t kerana Dia lah, aku dapat mimpi benda ni.

Aku pernah berkata kepada iela, permintaan terakhir aku, aku nak spend time dengan dia buat kali terakhir. Itu sahaja yang aku mahu daripada dia. Kerana? Ntahlah, aku tiba-tiba je cakap macam tu, tak tahu apa sebabnya.

Malam tadi, aku mimpikan kan dia. Bukanlah mimpi yang bukan-bukan cuma mimpi dari mula perkenalan aku dengan dia sampai last day aku jumpa dia. Tersangatlah indah sampai aku sedar je daripada tidur, aku mengalirkan air mata.

Hanya iela je yang tahu bagaimana perkenalan aku dengan dia, dari satu level ke level yang lain.

Permulaan bermula dari sebuah tasik, yang dipanggil Taman Tasik Perdana. Di situlah aku ingat pertemuan aku dengan iela. Walaupun dalam mimpi tu, aku tak banyak bercakap dengan dia tetapi dapat lihat muka dia, hidung dia, aku rasa masa tu aku sangatlah gembira walupun aku tahu, itu cuma dalam mimpi sahaja.

Biasalah mimpi kan, tiba-tiba je berubah tempat, aku berdua-duaan bersama iela ulang-alik ke tempat belajar dia. Aku masih lagi ingat dan rasa sentuhan dia, ciuman dia, kemanjaan dia, kenakalan dia dan segala-galanya tentang dia. Jujur aku katakan, dalam mimpi ni sama dengan apa yang aku rasa semasa aku dengan iela suatu ketika dahulu, taklah lama pun, 3 bulan lepas je. Hehehe.

Memang dalam mimpi aku ni, aku rasa bahagia sangat, aku rasa akulah yang paling bertuah. Tetapi, itu semua mimpi je, walaupun aku dah alaminya dulu tapi Tuhan tu maha berkuasa, walaupun iela tak nak tunaikan permintaan terakhir aku untuk spend time dengan dia satu hari, at least aku dapat mengalami mimpi yang lebih kurang sama pun jadilah. Lepas juga rindu nak jumpa dia.

Kalau dia baca blog aku ni, aku berharap dia tak lupa kenangan-kenangan bersama 3 bulan yang lepas. Aku juga nak dia tahu, walaupun aku jauh dengan dia, rasa sayang aku kat dia tak pernah pudar walau sikit pun. Walaupun kehadiran orang baru dalam hidup aku ke, atau aku sudah tiada lagi ke kat dunia ni, aku nak dia tahu yang aku teramatlah sayang kat dia. Apa yang aku buat, hanyalah untuk kebaikan dia kerana aku sayang kat dia. Itu sahaja. Aku bukan nak mengalah.

Aku nak mengucapkan terima kasih kerana dapat hadir dalam hidup aku walupun sekejap je. Sekarang ni, biarlah orang lain yang lebih layak untuk menjaga iela kerana aku takut tidak mampu untuk menjaga dia, memberi kasih sayang pada dia. Biarlah aku berkorban demi kasih sayang aku kat dia. Aku harap dia happy dengan orang yang dia cintai dan sayangi.

Di sini, aku ingin berkata pada iela, kita still berkawan lagi dan still bersahabat lagi. Kalau awak memerlukan apa-apa ke atau apa sahaja, awak boleh berhubung dengan saya dan saya akan berada di sisi awak. Untuk itu, awak anggaplah teddy bear yang saya berikan tu sebagai tanda perkenalan kita, saya harap awak takkan buang kerana itulah pemberian saya yang bermakna untuk awak. Kalau awak nak buangkan pun tidak mengapa, it's up to you.

Sampai sini sahaja tulisan saya untuk awak, harap awak dapat baca blog saya kerana kat sini jelah saya dapat meluahkan segala-galanya.

Assalamualaikum.....

3 comments:

ChemSter said...

hishhh.
sedihh ouhh.
paham neyy rse camne.
saket sgt kan kan?
(:

NOIN said...

ila tak bace tapi ain yang bace :p
tak tau nak ckp ape..hmm
sabar ok :)

Mat Jebon said...

ko rase kalu ko dpt la last date nih...
agak2 dapat final kiss??
watnyer dier bwk balak dier..
balak dier yg kiss ko baru tau..!!