Assalamualaikum
Selamat Sejahtera..
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada semua bapa-bapa seluruh Malaysia.
" No One Can Replace You Dad "
Jika aku diberi peluang untuk berkata sesuatu kepada bapa aku,
" Abah, ki minta maaf banyak-banyak jika sebelum ni ki banyak buat salah, terkasar bahasa dan juga buat abah rasa marah dan mengamuk pada ki. Tiada niat ki untuk membuat semua tu kerana ki tahu abahlah orang yang paling penting dalam hidup ki. Terima kasih kerana telah membesarkan ki, memberi keperluan pakaian, makanan dan juga permainan. Perangai ki yang buat abah rasa tidak selesa atau selesa. Segala gelak ketawa bersama akan ki ingat sampai bila-bila. Abah, I LOVE YOU!! "
Sekarang hanya doa dapat kuberikan kepada dia kerana bapa yang aku sayangi telah pergi jauh menghadap ilahi. Setelah hampir 10 bulan dia pergi, aku masih lagi rasa kehilangan dia. Aku masih lagi tertanya-tanya dalam diri aku, adakah betul dia sudah pergi? Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, hanya Tuhan sahaja yang mengetahui apa yang aku rasa.
Apa yang aku rasa sedih, aku tidak mencontohi salah satu sikap dan sifatnya itu. Aku sedar, dia begitu istimewa kerana apa yang ada pada dia, mustahil untuk ada pada bapa-bapa lain. Walaupun aku sedih kerana aku tidak mencontohi macam dia tapi aku berbangga kerana dia adalah bapa aku. Dialah HERO aku.
Aku rasa lagi nak menangis bila hari-hari terakhir dia, aku tidak meluangkan masa bersama dia. Aku tidak mengikut dia untuk berjalan-jalan keluar ke KL seperti mana tiap-tiap hari sabtu. Aku seolah-olah menjauhkan diri daripada dia, tidak meluangkan masa untuk dia, hari-hari terakhir dia.
Aku masih lagi ingat pelukan eratnya sebelum dia melangkah pergi menunaikan umrah pada julai 2008. Aku masih lagi ingat dia begitu seronok untuk pergi ke tanah suci Mekah. Bila aku kenang balik, aku menjadi lebih terasa dan ingin mengalirkan air mata.
Walaupun pemergiannya amat mengejutkan, tapi disebaliknya, aku rasa sedikit kegembiraan kerana dia dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah biarpun hanya menunaikan Umrah.
Akhirnya dia dapat ke sana sebelum dia pergi selama-selamanya.
Honestly, hidup aku rasa kosong semenjak dia tiada. Aku rasa sunyi, tiada teman untuk berborak tentang sesuatu. Sesama lelaki, pasti senang untuk diajak berborak. Semua tu sudah tiada dan aku rasa seperti lumpuh kerana tiada insan yang bergelar bapa.
Tiada orang pun akan dapat menggantikan tempat dia kerana dia lah satu-satunya bapa yang cool dan sempoi.
" Aku bersyukur padaMu Allah kerana telah menjadikan dia sebagai bapaku, menyempurnakan dia sebagai bapaku serta menjadikan dia seorang insan yang tidak pernah rasa putus asa terhadap anak-anak dia "
Di sini, aku ingin berpesan kepada kawan-kawan aku semua, hargailah bapa. Luangkanlah masa anda untuk bapa anda dan juga jangan melawan cakap dia. Seburuk-buruk mana pun dia, sejahat-jahat mana pun dia, " Dia tetap bapa kita ". Dialah yang membesarkan kita, dialah yang bertungkus-lumus dan berkorban untuk menjaga kita. Hargailah mereka sebelum mereka tiada di dunia ini. Masih sempat untuk melakukannya.
Jika ditakdirkan aku berkahwin suatu hari nanti, aku ingin menjadi seperti arwah bapa aku. Walaupun antara aku dengan dia berbeza sifat dan perangai tetapi aku sebagai anak, mengagumi dengan dirinya. InsyaAllah, aku akan teruskan legasi dan keturunan ini.
SELAMAT HARI BAPA..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
(T.T)
doakan untuk die :)
Post a Comment