Sunday, June 21, 2009

It's Done

Salam..

What a bad day!

Hari ini sahaja sudah meyakinkan aku untuk rasa sedih dan hiba. Aku melihat keadaan sekeliling, dan merasai rasa hiba dan sedih itu padahal yang lain hanya berseronok dan merasa gembira kerana orang yang mereka sayangi berada di sisi. Kawan-kawan, jiran-jiran, kenalan-kenalan, sahabat-sahabat dan juga saudara-mara, mereka semua bersama insan-insan yang tersayang. Aku pula masih di sini, mengharap serta menagih kasih sayang dari orang sekeliling.

Semalam, aku sudah mengambil keputusan muktamad, walaupun amat berat untuk aku decide tetapi aku patut buat keputusan ni supaya aku tidak lagi rasa bingung.

Benar kata-kata kawan-kawan aku,

Rahman, Rafidah, Amir, Dyla, Syeda, Noi. Mereka semua ni berkata benar pada aku supaya lupakan dia, jangan mengharap kat dia. Rafidah siap maki hamun dia sebab buat aku camnie, tapi aku still backup dia. Sebabnya, rasa sayang tulah!

Bila semalam aku cancel kan temujanji dengan Sue, aku just duduk rumah menyusun ayat untuk memberitahu pada dia keputusan aku. Bila tiba waktunya, aku beritahu padanya, memang aku dah agak keputusannya.


" thanks a lot...thanks byk...
firstly,sye rse kcewa sgt ngn awk...
2nd thnks wt sye ngs..
n then akhirnye awk mgalh gk seblom bermula...
kn sye gtw,nie bru pmulaan..
sye tw awk bperg ngn diri sendiri.sye tw coz me awk jd x menentu...
tp 2lh..sye tlalu kcewa sgt2 ngn awk..tlalu kecewa..
syukri..start from now...lupekn sye..
lupekn sye dlm hdp awk...
sye xtw nk ckp pe mybe skg nie ati sye tgh kecewa..ngis...sedih...
da lh...awk pegilh.......................................... "


Jawapan yang sudah aku agak dari mula. Tapi nak buat camner, dia tak boleh sayang kedua-duanya. Aku tak nak terperangkap dalam cinta tiga segi lagi. Betul kata Mat Jebon, lagu " cinta mati " khas untuk aku. Hehehe.

Seriously, susah aku nak buat keputusan begini. Bagi pihak dia, tentu akan kata aku macam-macam. Kalau dia baca blog aku ni, aku harap dia fahamlah mengapa aku buat keputusan camni. Aku bukan nak mengalah awal, surrender ke apa. Aku cuma tak nak dia rasa keliru dengan perasaan dia sebabnya dia pernah beritahu aku yang dia sayang aku dan sayangkan boyfriendnya. Aku tak nak jadi manusia bodoh mengharap apa-apa dari dia. Itu sahaja.

Buat masa ni, biarlah orang lain yang lebih layak dari aku untuk menjaga dia. Cukuplah dengan apa yang dia dah buat kat aku selama ni. Aku tak nak perkara camtu berlaku kat aku lagi. Biarlah Tuhan yang membalasnya kerana DIA maha adil.

Sekarang ni, apa yang penting hanyalah hidup aku sahaja. Untuk menyesuaikan diri tanpa dia, memang susah dan perlu ada keberanian. Inilah pertama kali dalam hidup, aku mengalami situasi camni. Bak kata syeda, cinta pandang pertama, susah nak lupakan. Kelakar jugak aku dengar sebab bila aku dengan dia, belum declare berpasangan tetapi macam orang bercinta.

Aku perlu memikirkan tentang bagaimana nak siapkan serta sempurnakan video yang sedang aku usahakan bukan pasal dia. Cukuplah!!

Tetapi bila aku fikirkan tentang perkara yang dia buat pada aku, agak-agak dia rasa bersalah tak? Hehehe. Walaupun aku dah maafkan dia, tetapi dalam fikiran aku ni masih lagi terbayang dengan apa yang dia dah buat pada aku. Agak-agaklah kalau boyfriend dia tahu, apa yang terjadi ye? Hehehe. Ntahlah. Takpelah, aku dah lupakan pun malah aku dah maafkan pun. Aku ni bukanlah orang yang berdendam. Tak elok, lagipun InsyaAllah tahun ni aku ingin berhajat untuk ke Mekah. Ini semua perancangan kan. Harap-harap sampailah seru. Masa untuk berubah!!

Semoga dia happy dengan hidup dia, dengan kerjaya dia. Harap-harap mamat tu dapatlah jaga dia sebagaimana aku menjaga dia kat Kuala Lumpur 3 bulan yang lepas. Kalau aku dapat cakap dengan mamat tu, aku nak cakap biar jaga dia elok-elok, bahagiakan dia. Aku tak nak dia rasa tak bahagia macam yang dia pernah beritahu kat aku, asyik kata Tuhan tu x adil je. Harap-haraplah mamat tu tahu camner nak beri dia kasih sayang, setakat material tu, tak cukup. Bukan boleh bawa mati pun segala material ni.

Kalau aku dapat tahu, si mamat tu tak jaga dia elok-elok. Aku akan gegar kedai nasi ayam dia nanti. Hehehe. Aku bawa ayen, man, syuan, ustaz, amir, lee, n then aku belanja makan nasi ayam kat kedai mamat tu. Hehehe. Sambil nak marah-marah, sambil tu boleh makan supaya tak lapar. Hehehe.

Aku rasa sampai sini sahaja tulisan aku untuk hari ahad ni, apa-apapun aku rindu kat arwah bapa aku. Walaupun aku ni bukannya sambut hari bapa tapi bila tengok orang lain sambut, terasa juga. Mak aku suruh tempah baju raya pun, aku tak nak, aku rasa hari raya aku ni tak bermakna dah sekarang. Lantaklah. Nak dapatkan diploma pun macam tak seronok sebab bapa aku takde, aku nak tunjuk dia. Itulah, harapan aku nak ambil diploma nak ajak dia, tapi lepas apa yang terjadi ni, buat aku rasa ambil diploma tu macam beli taugeh kat kedai je. Tak penting pun.

Oklah,

Last word,

I will miss you Nur Shazila Saharil!

1 comment:

ChemSter said...

ish sedih sedihh smpt g wat lawak laa anda neyhh.
huuhu
tabah kan hati.
caiyukkkk!!! :D